makna bahasa malaysia perkataan maintenance rehearsal dan elaborative rehearsal | Maintenance rehearsal - latihan penyelenggaraan, manakala elaborative rehearsal - latihan lanjutan. Bagaimanapun, terjemahan perkataan ini hendaklah mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 22.09.2007 |
Mohon jasa baik terjemahkan 'lubricator and predictive maintenance' dalam bahasa Melayu. | Terjemahan bahasa Melayu untuk "lubricator and predictive maintenance" ialah pelincir dan penyenggaraan ramalan. | Istilah | 07.06.2016 |
Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita | 1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan. 2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma) | Istilah | 25.04.2018 |
Saya telah bertanya pada 25 April yang lalu mengenai padanan Bahasa Melayu paling sesuai untuk Preemptive Maintenance? Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah preemptive maintenance ialah penyelenggaraan terdahulu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 01.06.2023 |
Sama ada perkataan "maintenance" boleh diterjemahkan sebagai "sara hidup" selain daripada "nafkah" | Merujuk Kamus Bahasa Inggeris-Melayu Dewan, perkataan “maintenance” juga bermaksud “menangggung” (tindakan menyokong dengan makanan, wang). Namun maksud perkataan juga bergantung pada kesesuaian bidang dan konteks penggunaan dalam ayat. Perkataan “Maintenance” yang merujuk “sara hidup” merupakan bahasa kolokial/bahasa percakapan. | Makna | 19.12.2022 |
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih. | Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2019 |
1) Building Automation System 2) Power Energy Monitoring 3) Chiller Management System 4) Scada / PLC System 5) Service / Maintenance Apakah istilah dalam bahasa melayu? diharapkan tuan/puan yang dihotmati dapat membantu | Berikut merupakan padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan yang dinyatakan: 1. Building Automation System: Sistem Automasi Bangunan 2. Power Energy Monitoring: Pengawasan Tenaga Kuasa 3. Chiller Management System: Sistem Pengurusan Pendingin 4. SCADA/PLC System: Sistem SCADA/PLC 5. Service/maintenance: Khidmat/penyelenggaraan Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks penggunaan ayat. | Makna | 20.10.2020 |
I'm login to DBP for applying the iklan but it didn't showing out the permohonan only have senarai permohonan. WHY? Is that maintenance with problem? | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600. | Lain-lain | 15.06.2017 |
saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerful | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.05.2015 |
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu. | Istilah | 22.05.2012 |