Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ji.kan] | مجيکن

Definisi : orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang: pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd ~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja; bermajikankan mempunyai seseorang, se­sebuah syarikat atau sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ji.kan] | مجيکن

Definisi : orang atau badan yg mengambil orang lain utk bekerja; orang atau badan yg memberi pekerjaan: kaum ~ pihak yg memberikan pekerjaan atau yg mengusahakan sesuatu perusahaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majikan (kata nama)
1. Dalam konteks individu
bersinonim dengan ketua bos, pemilik, tuan punya, pemunya, empunya, tuan, tauke,

2. Dalam konteks syarikat
bersinonim dengan firma, organisasi, perbadanan, pertubuhan, lembaga, majlis, institusi, badan, yayasan, persatuan, kesatuan, konsortium,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKAT MASUK KERJA

Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang

majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan

pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan

senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan

tidak membayar upah supaya pekerja menerima

syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini,

seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi

yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun

begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada

mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja

yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa

majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu.

UMUM 
PERKONGSIAN UNTUNG

Perkongsian untung. Ramai majikan

berkongsi untung dengan pekerjanya. Mereka

berbuat demikian untuk menggalakkan daya

pengeluaran (kerja yang produktif) dan untuk

memujuk pekerja supaya kekal dalam syarikat.

UMUM 
PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN

Perhubungan perindustrian adalah cara

majikan dan pekerjanya berurusan antara satu sama

lain. Sistem perhubungan perindustrian

menetapkan tradisi atau peraturan yang mengawal

proses ini. Di sesetengah negara, proses ini dikenali

sebagai perhubungan buruh .

UMUM 
SABOTAJ

Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia-

Siakan atau merosakkan alat, mesin atau

pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan

ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja

Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke

dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di

Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah

digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan

sekerja berfahaman anarki.

UMUM 
PERANTIS

Perantis ialah seseorang yang mempelajari

sesuatu kemahiran dengan bekerja di bawah

bimbingan seorang yang pandai dan mahir.

Perantis bekerja dalam sektor pembinaan, kerja

logam, percetakan, dan kemahiran-kemahiran lain.

Ramai majikan dan kesatuan secara bersama

menyediakan program perantisan. Kebanyakan

perantis menerima gaji dan bekerja mengikut

waktu tetap. Mereka yang telah tamat perantisan

menjadi pekerja terlatih (pekerja mahir).

UMUM 
KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja

yang mencuba untuk memperbaiki gaji

ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka

melakukannya melalui perundingan dengan

wakil-wakil majikan dalam prosedur yang

dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan

juga memperjuangkan hal berkaitan dengan

kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-

latihan kemahiran, di samping mencari faedah

lain kepada ahlinya seperti potongan harga

barangan dan memperuntukkan kemudahan

pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan

kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,

sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

Walau bagaimanapun, di negara-negara

yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang

dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang

ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti

Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya

tidak dibenarkan.

UMUM 
SABTU

Sabtu , disebut Saeter-daeg oleh orang Anglo-

Saxon, ialah hari ketujuh dalam satu minggu. Ia

dinamakan bersempena nama dewa Rom Saturn,

dan merupakan satu-satunya hari yang dinamakan

mengikut nama dewa Rom purba. Sabtu ialah hari

Sabat di kalangan orang Yahudi dan pengikut

Seventh-day Adventists. Kebanyakan majikan

memberikan pekerjanya cuti separuh hari atau cuti

penuh pada hari Sabtu.

Lihat juga Minggu.

UMUM 

Kembali ke atas