union security | keselamatan kesatuan | Pentadbiran | Tiada | Peruntukan dalam perjanjian antara kesatua dengan majikan yang menghendaki majikan membayar yuran sama ada mereka menjadi ahli ataupun tidak. |
employer liability takaful | takaful liabiliti majikan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Skim perlindungan takaful yang wajib disediakan oleh majikan kepada pekerjanya seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. Pekerja akan menerima pampasan akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan anggota badan, kematian atau mengidap penyakit semasa menjalankan tugas. Caruman disediakan oleh majikan dan manfaat perlindungan akan diterima oleh pekerja. |
employers association | persatuan majikan | Pentadbiran | Tiada | Organisasi yang terdiri daripada majikan tempatan untuk menjaga kepentingan bersama berhubung dengan hal perniagaan dan perdagangan. |
employer fraud | fraud majikan | Undang-undang | Tiada | Perbuatan menipu oleh majikan dengan memberikan gambaran yang salah secara lisan atau bertulis tentang pekerja seperti maklumat palsu mengenai keselamatan pekerjaan, gaji, kenaikan pangkat, atau risiko kesihatan. |
employer's liability insurance | insurans liabiliti majikan | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi liabiliti majikan terhadap pekerja yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang disabit dengan pekerjaan. |
employer's liability insurance | insurans liabiliti majikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi liabiliti majikan terhadap pekerja yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang bersabit dengan pekerjaan. |
employer's appointment record | buku catatan janji temu majikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Buku yang mencatatkan janji temu majikan. |
employer's non ownership liability coverage | perlindungan liabiliti bukan milik majikan | insurans | Tiada | Perlindungan insurans yang melindungi majikan terhadap liabiliti yang timbul berikutan penggunaan kereta persendirian untuk urusan syarikat. |
employer's non ownership liability coverage | perlindungan liabiliti bukan milik majikan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan insurans yang melindungi majikan terhadap liabiliti yang timbul berikutan penggunaan kereta persendirian untuk urusan syarikat. |
job contract | kontrak kerja | Pentadbiran | Tiada | Perjanjian yang dibuat antara majikan dan pekerja, iaitu pihak majikan menawarkan bayaran sama ada gaji atau upah kepada pekerja terhadap kerja yang dilakukan, dan pekerja bersetuju meneirma tawaran itu sebagaimana yang dikehendaki. |