casual dress | pakaian kasual | Sosiologi | Tiada | Pakaian ringkas, selesa dan tidak sesuai dipakai untuk menghadiri majlis rasmi. |
full dress | pakaian lengkap | Kesenian | Tiada | Istilah untuk pakaian formal lengkap lelaki dan wanita bagi menghadiri majlis rasmi. |
full dress | pakaian lengkap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Istilah untuk pakaian formal lengkap lelaki dan wanita bagi menghadiri majlis rasmi. |
business suit | sut urusan | Kesenian | Tiada | Sut lelaki yang konservatif dari segi stail dan warna, sesuai untuk pakaian siang atau majlis rasmi, berbeza dengan sut sukan, yang dibuat daripada fabrik genggang dan berwarna terang, sama ada berbres tunggal atau tuber. |
boutonniere | bunga hiasan | Kesenian | Tiada | 1. Bunga atau jambangan bunga yang diselitkan di lubang butang pada lapel. Dipakai semasa menghadiri majlis rasmi sejak abad ke-19.,2. Sejambak bunga yang dipakai oleh wanita di sebelah kiri dada atau di lapel. |
lounge suit | sut urusan | Kesenian | Tiada | Sut lelaki yang konservatif dari segi stail dan warna, sesuai untuk pakaian siang atau majlis rasmi. Ia berbeza dengan sut sukan yang dibuat daripada fabrik genggang dan berwarna terang, sama ada berbres tunggal atau dubel. |
bossom flower | bunga bosom | Kesenian | Tiada | 1. Bunga atau jambangan bunga yang diselitkan di lubang butang pada lapel. Dipakai semasa menghadiri majlis rasmi sejak, abad ke-19.,2. Sejambak bunga yang dipakai oleh wanita sebelah kiri dada atau lapel. |
official dress | pakaian rasmi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pakaian yang dipakai khusus untuk menghadiri sesuatu majlis rasmi. |
mood music | muzik suasana | Komunikasi | Korporat | Muzik yang digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi dalam persembahan penerbitan. Muzik yang dipilih disesuaikan dengan watak dan keadaan yang sedang berlangsung. Muzik ini boleh wujud dalam pelbagai rentak dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang disesuaikan dengan suasana persembahan. Muzik suasana berfungsi untuk meningkatkan kesan perasaan kepada khalayak terhadap mesej yang disampaikan. Dalam kempen perhubungan awam, muzik suasana memainkan peranan penting bagi melengkapkan suasana majlis atau persembahan. Pemilihan jenis muzik merupakan strategi yang perlu diberikan perhatian. Jenis muzik yang dipilih boleh melambangkan citra penganjur. Selain itu, penggunaan muzik suasana juga boleh mewujudkan daya ingatan dan tarikan dalam kalangan khalayak yang hadir. Di samping itu, muzik suasana berfungsi untuk menenangkan fikiran dan menjadikan khalayak berasa damai dan lebih selesa. |
evening dress | pakaian rasmi malam | Kesenian | Tiada | Sebarang fesyen pakaian dengan berbagai-bagi stail, adakalanya berhias dan biasanya labuh, dipakai untuk menghadiri majlis rasmi malam. |