Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka] | مک

Definisi : 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka] | مک

Definisi : 1 (kata utk memulakan sesuatu ayat yg bermaksud) setelah itu; lalu; dan: ~ pergilah mereka ke rumah orang tua itu. 2 kerana itu; oleh sebab itu: Kerana terlalu letih, ~ pergilah ia berehat di tebing sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maka (kata tugas)
1. Bersinonim dengan lalu: sesudah itu, selepas itu, justeru itu, kemudian,

2. Bersinonim dengan bahawa: yang.


Puisi
 

Tukang emas bertukang gelang,
     Maka diukur dirangkainya;
Sedang erat digenggam orang,
     Adat hayat terungkainya.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
converseakasMatematikTiadaPernyataan yang merupakan sejenis kebalikan bagi pernyataan yang berbentuk “Jika m, maka n”. Akas bagi pernyataan “Jika m, maka n” ialah pernyataan “Jika n, maka m”. Misalnya, “Jika A dan B nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil”. Akasnya ialah “Jika hasil darab A dengan B nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil”. Misalan yang kedua pula ialah “Jika A dan B nombor genap, maka hasil darab A dengan B ialah nombor genap”. Akasnya ialah “Jika hasil darab A dengan B nombor genap, maka A dan B ialah nombor genap” dan ia merupakan pernyataan yang tidak benar. Perhatikan akas sesuatu pernyataan yang benar tidak semestinya benar.
implicationimplikasiMatematikTiadaPernyataan majmuk yang berbentuk “Jika p, maka q”, dengan p dan q mewakili pernyataan. Dalam implikasi, “Jika p, maka q”, pernyataan “p” dikenali sebagai antejadian atau hipotesis dan pernyataan “q” dikenali sebagai akibat. Contoh: Implikasi Antejadian atau hipotesis Akibat Jika awan mendung, maka semua kedai tutup awan mendung semua kedai tutup Jika segi tiga ABC sama sisi, maka semua sudutnya sama segi tiga ABC sama sisi semua sudutnya sama Jika sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama, maka sisi empat ABCD ialah suatu segi empat tepat sudut bagi sisi empat ABCD yang bertentangan adalah sama sisi tempat ABCD ialah suatu segi empat tepat Perhatikan semua contoh ini berbentuk implikasi, tetapi tidak semuanya pernyataan benar.
contrapositive statementpernyataan kontrapositifMatematikTiadaPernyataan yang merupakan sejenis kebalikan bagi pernyataan yang berbentuk “Jika m, maka n”. Kontrapositif bagi pernyataan “Jika m, maka n” ialah pernyataan “Jika bukan n, maka bukan m”.
contrapositivekontrapositifMatematikTiadaSuatu penyataan penafian berimplikasi iaitu "jika bukan B, maka bukan A" ialah kontrapositif kepada "jika A maka B".
inverse statementpernyataan songsangMatematikTiadaPernyataan yang merupakan sejenis kebalikan bagi pernyataan “Jika m, maka n” ialah pernyataan “Jika bukan m, maka bukan n”.
positive correlationkorelasi positifPsikologiPsikologi UmumSatu hubungan statistik yang membawa maksud apabila satu perubahan itu meningkat, maka pemboleh ubah yang berkaitan dengannya juga akan meningkat. Begitu juga sekiranya nilai pemboleh ubah itu merosot, maka nilai pemboleh yang berkait dengannya juga akan merosot. Contohnya, sekiranya hubungan antara bilangan iklan dengan kadar jualan barang itu positif dan signifikan, maka apabila iklan diperbanyak, kemungkinan barang itu dibeli juga akan turut meningkat.
necessary and sufficient conditionsyarat perlu dan cukupMatematikTiadaSyarat yang perlu dan juga cukup. Diketahui “Jika p, maka q”, dan “Jika q, maka p”, “p” merupakan syarat cukup dan perlu bagi “q” dan sebaliknya. Dengan ini, “p” dan “q” dikatakan setara dan dinyatakan sebagai “p jika dan hanya jika q”.
necessary conditionsyarat perluMatematikTiadaAkibat dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “q” dikatakan syarat perlu bagi “p”. Contoh: “Jika segi empat ABCD ialah segi empat sama, maka setiap sudutnya ialah sudut tegak.” “Setiap sudutnya ialah sudut tegak” merupakan syarat perlu bagi “segi empat ABCD ialah segi empat sama”.
sufficient conditionsyarat cukupMatematikTiadaAntejadian atau hipotesis dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “p” dikatakan syarat cukup untuk “q”. Contoh: “Jika x ialah gandaan 4, maka x nombor genap”. “x ialah gandaan 4” merupakan syarat cukup bagi “x nombor genap”.
deucediusSukanTiadaPenentuan pemberian mata dalam permainan; sekiranya dalam permainan 9 mata maka pada mata ke-8, penerima servis diberi pilihan untuk memilih mata tambahan sama ada satu atau dua mata menjadi 9 atau 10 mata; sekiranya dalam permainan 15 mata maka pada mata ke-14, penerima servis diberi pilihan memilih mata tambahan sama ada satu atau tiga mata menjadi 15 atau 17 mata untuk mencapai kemenangan.
12345678910...

Kembali ke atas