Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.lah] | مقاله

Definisi : rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg disiarkan dlm majalah, surat khabar, dll; pemakalah orang yg menulis (menyedia­kan, membentangkan dsb) makalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.lah] | مقاله

Definisi : rencana atau karangan yg disiarkan dlm surat khabar atau majalah. pemakalah orang yg menulis, menyediakan, membentangkan dsb makalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makalah (kata nama)
Bersinonim dengan rencana, artikel, esei, karangan, prosa, tulisan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana ayat yang betul? 1a. 10 buah makalah termuat di dalam buku ini. 1b. 10 buah makalah termuat dalam buku ini. 2a. Bahagian A ialah pembicaraan mengenai... 2b. Bahagian A adalah pembicaraan mengenai... 3a. Di dalam buku ini, penulis memasukkan... 3b. Dalam buku ini, penulis memasukkan... 4a. Kesemua makalah dimasukkan ke dalam Bahagian A. 4b. Kesemua makalah dimasukkan dalam Bahagian A. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1b. 10 buah makalah termuat dalam buku ini.
2a. Bahagian A ialah pembicaraan mengenai ... 
3b. Dalam buku ini, penulis memasukkan ... 
4b. Kesemua makalah dimasukkan dalam Bahagian
Tatabahasa17.06.2014
(Saya menghantar WordPad soal ini sekali lagi kerana tuan mengatakan bahawa lampiran tidak terbuka) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan.Kami menerima pendapat tuan. Hal yang dikemukakan berkaitan dengan unsur semantik dalam konteks ayat tersebut. Tuan boleh sahaja menggantikan perkataan lain yang bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Sastera13.12.2016
(Minta maaf tuan. WordPad untuk soal yang bertajuk "Ayat Tidak Waras - Dihidupkan Benda Ayat Tidak Hidup!" saya utus sekali lagi kerana kesalahan pengangkaan ayat. Ini rupa kedua soal saya.) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan.Lampiran yang disertakan tidak dapat dibuka. Sebelum tuan mengemukakan semula lampiran tersebut, mohon dipastikan tujuan penyemakan makalah. Kami bersedia menyemak bahagian makalah yang menimbulkan kekeliruan dari aspek bahasanya, tetapi tidak menyemak keseluruhan isi makalah termasuklah kandungannya.Tatabahasa09.12.2016
Sila jelaskan ayat yang mana betul? 1. Makalah/buku ini adalah mengenai dengan riwayat hidup seorang tokoh politik yang terkenal. 2. Makalah/buku ini adalah mengenai seorang tokoh politik yang terkenal.

Ayat yang betul ialahMakalah/buku ini mengenai seorang tokoh politik yang terkenal.”

Tatabahasa24.01.2022
bagaimana cara penulisan jurnal?

Sesebuah jurnal mengandungi abstrak, pendahuluan, isi, dan kesimpulan. Abstrak ialah inti pati makalah, pendahuluan mengajak pembaca mengikuti perbincangan tentang isu yang dibangkitkan dalam makalah, manakala kesimpulan menyimpulkan isi makalah.

 Dalam jurnal, setiap ayat mestilah fakta yang didukung oleh rujukan yang berwibawa. Ulasan terhadap fakta ini pula mestilah objektif, setiap ayat mestilah menjurus kepada inferens yang logik, dan apa yang disebut itu dapat membetulkan sebarang kekeliruan.

 

 

Lain-lain14.01.2009
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya prosuder untuk menghantar makalah ke penerbitan bagi pertimbangan penerbitan buku bersama dengan pihak DBP. Makalah dari tesis ke Buku Terima Kasih Shairil Izwan, PhDMohon hubungi Pengarah Penerbitan DBP, Tn. Hj. Khalik bin Sulaiman di no. 03-21479393 atau e-mel khalik@dbp.gov.myKarya04.09.2016
Saya ingin bertanya sama ada Jurnal Bahasa masih diterbitkan. Kepada siapakah makalah boleh dihantar?

Jurnal Bahasa masih diterbitkan oleh DBP. Makalah yang ditulis  untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa bolehlah dihantar kepada editornya, Zaiton Darois melalui emel zaiton6@dbp.gov,my

 

Lain-lain30.03.2010
Rafiqah Abd Jaffar Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai makalah yang saya email kepada Cik Norzuzilawati dan Cik Sitinoorisa tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas. Saya ingin berkongsi makalah yang telah saya perolehi gred A di bawah penyeliaan Prof Sohaimi Abdul Aziz serta Dr Jelani Harun. Sekian terima kasih.Untuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Puan Norzuzilawati binti Sulaiman melalui talian 03-2147 9271/e-mel norzuzilawati@dbp.gov.my dan Puan Siti Noorisa binti Abduk Khlil melalui talian 03-2147 9273.Lain-lain06.06.2014
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa?Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya.Lain-lain11.05.2012
Saya berminat utk menulis artikel ilmiah bagi diterbitkan di majalah KANUN. Harap dapat menrangkan prosedurnya dan adakah ia hanya di dalam bahasa Melayu? T kasih.

Kanun, jurnal undang-undang terbitan DBP dalam bahasa Melayu. Jurnal ini memuatkan makalah undang-undang dan penghakiman kes. Makalah undang-undang yang diterima akan dinilai kesesuaiannya sebagai sebuah makalah  akademik. Penghakiman kes pula diperoleh daripada mahkamah. Makalah undang-undang dalam bahasa Melayu manakala penghakiman pula pun diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebelum disiarkan.

 

  

Lain-lain07.01.2010
12345678910...

Kembali ke atas