Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kam]/[ma.qam] | مقام

Definisi : ark tempat kediaman: maka baginda pun berangkatlah lalu sampai kpd suatu ~ bernama Pedada; bermakam mempunyai tempat kediaman, bersemayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kam]/[ma.qam] | مقام

Definisi : 1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa pengunjungnya mustajab; memakamkan menanam mayat, menge­bumikan, menguburkan: istiadat ~ jenazah Sultan; pemakaman perihal memakamkan, pengu­buran: ~ Tok Engku telah dijalankan dgn penuh istiadat (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kam]/[ma.qam] | مقام

Definisi : 1 tempat menanam orang mati (biasanya utk orang yg dihormati spt raja, pahlawan); kubur. 2 = permakaman kawasan tempat menanam orang mati; perkuburan: ~ pahlawan. memakamkan menanam (mayat); menguburkan. pemakaman perbuatan atau hal memakamkan; penguburan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makam
Kata Terbitan : permakaman, memakamkan, pemakaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara pusara, makam dan kubur? adakah istilah ini mengikut stratifikasi sosial seseorang?Pusara ialah kubur, manakala makam pula digunakan untuk orang yang dihormati seperti raja dan pahlawan.Tatabahasa10.04.2015
apakah tema bagi sajak ke makam bonda?Kasih sayang seorang ibu.Lain-lain19.02.2009
Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah bekas menteri kabinet itu dimakamkan di Makam Pahlawan Adakah ayat ini betul?

Penggunaan perkataan 'dimakamkan' hanya digunakan untuk orang yang dihormati seperti para nabi, para wali dan keluarga diraja. Menerusi penggunaan ayat di atas penggunakan perkataan 'dimakamkan' tidak sesuai bahkan terdapat perkataan yang lebih tepat iaitu 'dikebumikan'

Tatabahasa02.09.2012
Salam, Apakah kata ganti nama ketiga bagi laksamana? Sebagai contoh, "Laksamana Hang Tuah pergi ke Makkah lalu _____ singgah di makam Siti Hawa." Adakah "beliau" atau "baginda" sesuai bagi konteks tersebut. Terima kasih.Kata ganti nama bagi Laksamana Hang Tuah ialah beliau. Tatabahasa24.10.2022
Adakah bahasa Melayu mempunyai kata padanan untuk istilah kijing (asal Jawa) atau jahul (asal Sunda)? Takrif kedua - dua perkataan itu sama iaitu penutup makam/kubur yang menyatu dengan batu nisan. Bolehkah saya menggunakan kata kijing/jahul dalam penulisan dan perlukah diitalikkan? Gambar rujukan bagi kijing/jahul boleh dilihat melalui pautan ini: (https://twitter.com/ivanlanin/status/1069212655057952768?s=19)Salam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Dewan, kijing merujuk kepada sejenis binatang laut seperti kepah yang boleh dimakan. Jahul pula tidak dijumpai dalam data kami. .

Sekian, terima kasih.
Istilah02.12.2018
Assalamualikum, nak tanye berkaitan perkataan 1. Tafaqquh 2. Muzakarah 3. Riadah 4. Maqam 5. Jaulah 6. as-Sunnah 7. anbia' 8. ulamak 9. thaqafah Adakah perkataan arab semua itu di Melayukan?Kata serapan daripada bahasa Arab yang diterima dalam bahasa Melayu dan disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu. Perkataan muzakara, riadah, makam, sunah, anbia dan ulama telah ada dalam bahasa Melayu. Tuan boleh menyemak sendiri perkataan lain melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Ejaan02.09.2015
1.Beberapa unit bangunan baharu akan membina sebagai pusat rekreasi untuk orang ramai berkelah 2.Kebanyakan individu yang berjaya kepunyaan sejarah hidup yang penuh cabaran dan mereka tidak pernahmenyerah kalah selain memiliki semangat juang yang kekal. 3.Kawasan tanjung berpasir putih itu berpotensi untuk bermaju sebagai kawasan pelancongan dan riadah 4.Raja kecil mengarahkan supaya jenazah ayahandanya dikebumikan di makam diraja 5.Ibu membeli tiga tangkal rambutan daripada kedai Pak Usin 6.Pada masa ini,anak-anak remaja tidak mengisahkan teguran dan lendapat orang tua terutamanya dalam aspek keagamaan Tuan,Saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan di atas?1. Rujuk perkataan membina. Imbuhan yang betul ialah dibina.
2. Rujuk perkataan kepunyaan. Imbuhan yang betul ialah mempunyai.
3. Rujuk perkataan bermaju. Imbuhan yang betul ialah dimajukan.
5. Rujuk perkataan daripada. Perkataan yang betul ialah dari. Sila betulkan juga ejaan tangkal kepada tangkai.
6. Rujuk perkataan mengisahkan. Perkataan yang betul ialah mengendahkan. Sila betulkan juga ejaan lendapat kepada pendapat.
Tatabahasa10.01.2021

Kembali ke atas