Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[makh.luk] | مخلوق

Definisi : Ar segala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang, dll): manusia adalah ~ pilihan Tuhan; ~ halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[makh.luk] | مخلوق

Definisi : segala benda (spt manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan) yg dijadikan Tuhan. ~ halus makhluk spt jin dan syaitan yg hidup dlm alam ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buluh ditetak senjakala,
     Buat main pasak perahu;
Pasang pelita senjakala,
     Satu makhluk tidak tahu.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKHLUK ANGKASA

Makhluk angkasa merujuk kepada kehidupan

atau makhluk cerdik yang berasal dari tempat yang

lain selain bumi. Makhluk seperti ini belum pernah

dijumpai. Walaupun begitu, kajian tertentu,

termasuk kajian kosmologi (sejarah alam semesta)

dan kajian fosil dan geologi di bumi telah

menyebabkan ramai ahli sains percaya bahawa

kehidupan atau makhluk seperti ini mungkin

wujud.

UMUM 
SURAH AL-SAFFAT

Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 182 ayat.

Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk

yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit

yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah

S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:

“Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan

siang tanpa henti-henti”.

(Surah al-Saffat 37:20)

UMUM 
PUJA PANTAIPUJA PANTAI, amalan atau upacara amal yang diadakan untuk makhluk-makhluk halus yang menjaga laut agar tidak mengganggu kehidupan para nelayan dan memberikan mereka rezeki yang banyak.BUDAYAPerayaan/Upacara
NAGA LAUT

Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang

mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba,

legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan

makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi

telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu

pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau

terdampar di pantai.

UMUM 
MAKHLUK HALUS

MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain.

BUDAYAKepercayaan
AUSTRALOPITHEKUS

Australopithekus dianggap oleh kebanyakan

ahli antropologi sebagai makhluk awal yang

dijadikan mempunyai persamaan dengan manusia.

Makhluk ini tinggal di Afrika lebih empat juta

tahun yang lalu iaitu antara dua juta hingga satu

juta tahun yang lampau. Istilah Australopithekus

berasal daripada perkataan Latin australis ,

bermakna selatan, dan perkataan Yunani pithekos ,

bermakna beruk. Ia merujuk kepada genus.

Anggota genus dikenali sebagai

australopithecines . Makhluk ini dipercayai sebagai

hominid pertama. Hominid ialah anggota

kumpulan keluarga saintifik yang terdiri daripada

manusia dan makhluk prasejarah yang menyerupai

manusia.

UMUM 
SENTORA

Sentora ialah makhluk dalam mitologi Yunani.

Makhluk ini mempunyai kepala, lengan, dan bahu

manusia dengan bahagian bawah tubuh serta

kakinya seperti kuda.

UMUM 
SFINKS

Sfinks ialah makhluk khayalan dalam mitos purba.

Orang Mesir, Yunani, dan orang di Timur Dekat,

kesemuanya mempunyai cerita mengenai makhluk

ini. Menurut pelbagai kisah, sfinks mempunyai

badan berbentuk singa dan berkepala manusia,

falko, atau biri-biri jantan. Sesetengah sfinks juga

mempunyai sayap dan ekor ular.

UMUM 
SURAH AL-MURSALAT

Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

50 ayat. Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana

Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini

dengan perkataan itu sebagaimana berikut “Wal

Mursalati ‘Urfa” yang bermaksud:

“Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan

berturut-turut (menjalankan tugasnya)”.

(Surah al-Mursalat 77:1)

UMUM 
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 
123456

Kembali ke atas