Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
piring terbangsj benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan melayang dgn pantas di angkasa, kononnya men­jadi pengangkutan makhluk asing;Kamus Dewan Edisi Keempat
piring1. sj pinggan yg kecil utk mengisi kuih dll atau utk alas cawan dll: ia menyorongkan ~ kuih itu kpd kawannya; 2. = piring-piring, piringan barang yg bulat pipih serupa piring: ~ peti nyanyi; 3. petak (kebun, ladang, dll): kebun kelapanya berbau-bau dan sawahnya beratus-ratus ~; ~ mangkuk a) = ~ cangkir Id perkakas atau alat-alat utk makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll); b) alas mangkuk (cangkir); ~ peti nyanyi = ~ hitam rekod; ~ (piring-piring) sepeda Id cakeram yg bergigi utk memusing­kan rantai sepeda (basikal); ~ terbang sj benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan me­layang dgn pantas di angkasa, kononnya men­jadi pengangkutan makhluk asing; ~ warna Newton sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warna-warna yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih).Kamus Dewan Edisi Keempat
asing1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat) berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg ber­kenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi masyarakat Melayu;asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sen­diri: barang-barang itu dinilai ~;berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan-kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~; berasingan, berasing-asingan tidak ber­satu (bercantum dsb), berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat antara kedua-duanya;mengasing berasing;mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain), menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~ orang berkulit putih drpd orang yg ber­warna; ~ diri menyisihkan (memencil­kan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;terasing terpisah, tersisih, terpencil;keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasing­nya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana ber­bagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. ke­anehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ pera­sa­an itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan: tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat diasingkan, (tempat) pem­buangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas