Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kian] | ماکين

Definisi : kata yg kasar dan keji (utk meng­hina, memarahi, dll), maki: budak-budak itu tidak langsung menghiraukan ~ dan sumpah seranah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kian] | ماکين

Definisi : kata(-kata) yg keji utk menghina atau utk mengutuk orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maki
Kata Terbitan : memaki, makian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKIAN

MAKIAN, salah satu daripada lima buah pulau rempah di utara Maluku, bahagian timur Indonesia. Nama asalnya ialah Waikiung. Sebahagian daripada penduduk pulau ini ialah rumpun Austronesia. Makian ialah pulau kecil yang dipenuhi beberapa gunung berapi yang masih aktif. Sejak beberapa abad, penduduk pulau ini terpaksa menetap di Pulau Halmahera yang berdekatan untuk mengelakkan lahar gunung berapi. Walaupun ada penduduk yang kembali semula menetap di Pulau Makian, tetapi kebanyakannya terus tinggal di Halmahera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BACAN

BACAN, salah sebuah pulau di Kepulauan Maluku, teletak di bahagian barat Pulau Halmahera. Pulau lain dalam Kepulauan Maluku termasuklah Ternate, Tidore, Makian, Motir dan Gilolo (Halmahera).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas