Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم

Definisi : 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah dike­tahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم

Definisi : sudah diketahui atau difahami: Akan hal ini tentulah tuan-tuan semua sedia ~. maklumlah tahu sajalah; sudah barang tentu: ~, kami orang kampung, tidak mengerti akan adat orang bandar. memaklumi 1 tahu atau faham akan; mengetahui; memahami: Peraturan baru itu telah dimaklumi semua. 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. memaklumkan memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. makluman 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. pemakluman perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,