Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم

Definisi : 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah dike­tahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم

Definisi : sudah diketahui atau difahami: Akan hal ini tentulah tuan-tuan semua sedia ~. maklumlah tahu sajalah; sudah barang tentu: ~, kami orang kampung, tidak mengerti akan adat orang bandar. memaklumi 1 tahu atau faham akan; mengetahui; memahami: Peraturan baru itu telah dimaklumi semua. 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. memaklumkan memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. makluman 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. pemakluman perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
audiotory feedbackmaklum balas audiotorimaklum balas pendengaranmaklum balas pendengaranLinguistik
feedbackumpan balikmaklum balasmaklum balasPerubatan
feedforwardlangkah depanmaklum awalmaklum awalKomunikasi Massa
feedbackumpan balikmaklum balasmaklum balasKomunikasi Massa
feed-backumpan balikmaklum balasmaklum balasKejuruteraan Kapal Terbang
feed-backumpan balikmaklum balasmaklum balasPerubatan
user feedbackumpan balik penggunamaklum balas penggunamaklum balas penggunaTeknologi Maklumat
video feedbackumpan balik videomaklum balas videomaklum balas videoKomunikasi Massa
informed consentsurat sepakatizin maklumizin maklumPerubatan
positive feedbackumpan balik positifmaklum balas positifmaklum balas positifPerubatan
12

Kembali ke atas