Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم

Definisi : 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah dike­tahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lum]/[ma/.lum] | معلوم

Definisi : sudah diketahui atau difahami: Akan hal ini tentulah tuan-tuan semua sedia ~. maklumlah tahu sajalah; sudah barang tentu: ~, kami orang kampung, tidak mengerti akan adat orang bandar. memaklumi 1 tahu atau faham akan; mengetahui; memahami: Peraturan baru itu telah dimaklumi semua. 2 memberitahu seseorang atau sesuatu pihak: Beliau ~ anggota mesyuarat akan perkara penting itu. memaklumkan memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan: Dgn sukacitanya, anakanda ~ bahawa anakanda sekarang sihat-sihat saja. makluman 1 apa-apa yg dimaklumi; pengetahuan. 2 apa-apa yg dimaklumkan; pernyataan: Menurut ~ polis, perompak bank itu telah ditangkap. pemakluman perbuatan atau hal memaklumkan; pemberitahuan; penyataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sahaja terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah, mahupun kecermatan penyusunannya. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 11 6/6/11 4:01:22 PM xii Maklum balas daripada pelbagai pihak sangat dialu-alukan agar kelemahan dan kekurangan ini dapat diatasi demi untuk mempertingkatkan dan memartabatkan ilmu. Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohamad Asri Ketua Bahagian Peristilahan CERT) (Ig. computer emergency response team (CERT); Br. kumpulan tindak balas kecemasan komputer (CERT); Id. tim tanggapan darurat komputer (CERT)) Organisasi yang mengkaji komputer dan rangkaiannya bagi tujuan menyediakan perkhidmatan maklum balas kepada mangsa yang diserang dan memberikan amaran awal perihal serangan yang mungkin terjadi yang menjurus kepada kemusnahan dan ancaman. Organisasi ini juga menawarkan maklumat untuk meningkatkan lagi keselamatan dan

Kembali ke atas