Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan di dlm risa-lah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan; memaklumatkan memberitahukan, memak­lumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1 keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu: Kita tidak menerima ~ ttg penuntut-penuntut itu. 2 pengetahuan: Utk ~ tuan-tuan, mesyuarat khas akan diadakan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jadual1tableMaklumat yang terdapat dalam bentuk lajur dan baris. Lihat ContohSekolah Rendah
datadataKumpulan maklumat atau fakta yang terdapat dalam perkataan, nombor atau kedua-duanya sekali. Lihat ContohSekolah Rendah
datadataKumpulan fakta atau maklumat berkenaan sesuatu perkara yang diperoleh melalui kajian.Menengah Atas
rekodrecordHimpunan data atau maklumat tentang sesuatu perkara.Menengah Rendah
datadataKumpulan fakta atau maklumat berkenaan sesuatu perkara.Menengah Rendah
pungutan datacollection of dataHimpunan maklumat yang kemudian digambarkan dalam bentuk jadual atau rajah.Menengah Rendah
paksiaxisGaris yang melintang atau menegak untuk menanda maklumat, ukuran atau nilai pada graf.Sekolah Rendah
carta palangbar chartGambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan data, maklumat dan lain-lain dalam bentuk jalur yang sama lebar secara menegak atau mendatar. Lihat ContohMenengah Rendah
carta paipie chartGambar rajah yang memaparkan bahagian atau pecahan data, maklumat, dan lain-lain dalam bentuk bulatan yang dibahagi-bahagikan. Lihat ContohMenengah Rendah
grafgraphPerwakilan data dalam bentuk gambar rajah yang digunakan untuk memaparkan sesuatu maklumat.Menengah Atas
12

Kembali ke atas