Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan di dlm risa-lah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan; memaklumatkan memberitahukan, memak­lumkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.lu.mat]/[ma/.lu.mat][me.ma/.lu.mat.kan] | معلومت

Definisi : 1 keterangan atau butir-butir mengenai sesuatu: Kita tidak menerima ~ ttg penuntut-penuntut itu. 2 pengetahuan: Utk ~ tuan-tuan, mesyuarat khas akan diadakan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penghantaran maklumattransmission of informationPemindahan pesanan atau maklumat dari satu tempat ke tempat yang lain.Menengah Atas
teknologi maklumatinformation technologyTeknologi berkaitan perolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan pencapaian semula maklumat secara elektronik.Menengah Rendah
penyiasataninvestigationProses mendapatkan maklumat mengenai sesuatu secara pemerhatian atau penelitian.Menengah Rendah
telekomunikasitelecommunicationSistem komunikasi yang menghantar dan menerima maklumat melalui talian telefon, gentian optik, gelombang mikro dan satelit.Menengah Rendah
neuronneuroneUnit asas sistem saraf yang membawa maklumat.Menengah Atas
penderiaan jauhremote sensingProses mengkaji, mengumpul dan merekod maklumat tentang sesuatu objek dari jarak jauh menggunakan peranti perakaman.Menengah Rendah
sampelsampleKuantiti kecil sesuatu bahan yang diuji untuk mendapatkan maklumat dan gambaran keseluruhan tentang sifat bahan tersebut.Menengah Rendah
prob angkasa lepasspace probeSejenis kapal angkasa yang mengumpul maklumat di angkasa lepas dan menghantarnya kembali ke bumi.Menengah Rendah
saraf optikoptic nerveSaraf dalam mata yang berfungsi untuk menghantar maklumat dari reseptor yang berada di retina ke otak.Menengah Rendah
transkrip RNARNA transcriptSalinan RNA di dalam nukleus yang menyalin maklumat untuk menghasilkan protein baru di dalam sel.Menengah Atas
12

Kembali ke atas