Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.mal]/[ma/.mal] | معمل

Definisi : tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium; ~ bahasa bilik yg dilengkapkan dgn perakam pita dsb utk pembelajaran bahasa asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.mal]/[ma/.mal] | معمل

Definisi : tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, terutama dlm bidang sains. ~ bahasa makmal yg dilengkapi berbagai-bagai alat utk mempelajari bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makmal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKMAL POLIS

Makmal polis ialah makmal tempat pakar

menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti

yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau

pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki

mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru

yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola

kesan darah berhampiran mayat boleh

menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan.

Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat,

cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis

yang besar menyelenggara makmal sendiri.

UMUM 
MAKMAL JENAYAH

Makmal jenayah lihat Makmal polis.

UMUM 
MAKMAL

Makmal ialah tempat yang dilengkapi dengan

radas untuk menjalankan eksperimen,

penyelidikan dan ujian saintifik. Banyak alat dan

keluaran yang digunakan dalam kehidupan harian

terhasil daripada kerja makmal. Ia termasuk enjin

kereta, plastik, radio, fabrik sintetik, telefon,

televisyen dan transistor. Makmal boleh didapati

di universiti, institut penyelidikan, organisasi

perindustrian dan jabatan kerajaan. Ia menjadi

tempat latihan bagi ahli sains dan cara untuk

menemui pengetahuan baharu.

UMUM 
MAKMAL KEBANGSAAN OAK RIDGE

Makmal Kebangsaan Oak Ridge, di Oak

Ridge, Tennessee, ialah salah sebuah pusat

penyelidikan dan pembangunan tenaga yang

terbesar di Amerika Syarikat. Kerja di makmal ini

memberi tumpuan utama kepada teknologi

tenaga nuklear. Penyelidik di Oak Ridge

menjalankan eksperimen dengan pembelahan

nuklear dan pelakuran nuklear. Makmal ini juga

merupakan sumber utama radioaktif dan isotop

yang stabil di Amerika Syarikat yang digunakan

dalam lapangan perubatan, industri, dan

penyelidikan.

UMUM 
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 
MAKMAL KEBANGSAAN LOS ALAMOS

Makmal Kebangsaan Los Alamos, di Los

Alamos, New Mexico, adalah salah sebuah

institusi penyelidikan yang terkemuka di dunia.

Institusi ini terlibat terutamanya dalam

penyelidikan penggunaan sains dan teknologi

untuk menangani masalah yang berkaitan dengan

keselamatan negara Amerika Syarikat. Aktiviti di

makmal ini termasuklah pembangunan kepala

peledak nuklear, pengeluaran dan pengujian

bahan nuklear, dan penciptaan reka bentuk

senjata baharu. Makmal ini juga bertanggungjawab

membangunkan teknologi yang dapat digunakan

dalam pengesahan bahawa negara-negara lain

mematuhi perjanjian mereka untuk mengawal

pengeluaran senjata. Penyelidikan lain yang

dilaksanakan oleh makmal ini tertumpu kepada

bidang seperti fizik nuklear, pembekalan tenaga

oleh Amerika Syarikat, dan pembuangan sisa

nuklear.

UMUM 
ARBORETUM

Arboretum ialah makmal luar tempat pokok,

pokok renek dan tumbuh-tumbuhan berkayu yang

lain ditanam dalam keadaan semula jadi. Tumbuh-

tumbuhan ini disusun dan dilabel mengikut famili

dan hubungan dengan tumbuh-tumbuhan lain

daripada spesies yang sama.

UMUM 
ANTIBODI MONOKLONAL

Antibodi monoklonal ialah jenis khusus

molekul protein yang dihasilkan di makmal.

Antibodi yang sama dihasilkan secara semula jadi

oleh sistem imun haiwan dan manusia apabila

bahan seperti bakteria dan virus, menyerang badan

asing. Antibodi boleh meneutralkan bahan ini

dengan melekat pada antigen nya. Antibodi semula

jadi dalam darah terdiri daripada campuran banyak

antibodi yang bertindak balas dengan banyak

antigen dan dengan itu menjadi pertahanan barisan

hadapan badan terhadap penyakit. Tetapi larutan

antibodi monoklonal bertindak ke atas antigen

tertentu dan ia boleh dibuat dengan banyak. Ia telah

menunjukkan harapan dalam penyelidikan

perubatan.

UMUM 
KULTUR

Kultur dalam biologi, ialah pertumbuhan

mikroorganisma atau sel yang dihasilkan dalam

keadaan terkawal dalam makmal.

UMUM 
OPPENHEIMER, J. ROBERT

Oppenheimer, J. Robert (1904–1967), ahli fizik

Amerika, yang menjadi terkenal sebagai bapa

bom atom. Dari tahun 1943 hingga 1945, dia

menjadi pengarah makmal di Los Alamos, New

Mexico, tempat reka bentuk dan pembinaan bom

atom yang pertama dibuat.

UMUM 
12

Kembali ke atas