Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.mur]/[ma/.mur] | معمور

Definisi : 1. mempunyai hasil yg banyak (da­erah, negeri, dll), mempunyai penduduk yg banyak dan cukup kehidupannya: negeri Jepun adalah negeri yg paling ~ di Asia pd masa ini; 2. bp hidup mewah (serba cukup dll), tidak kekurangan apa pun: nampaknya engkau ~ sekarang; persemakmuran persekutuan negara-negara yg pernah dijajah oleh British, iaitu Komanwel; memakmurkan memajukan supaya mak­mur: ia diberi tugas utk ~ daerah yg mundur itu; kemakmuran perihal makmur (mewah, ser­ba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; pemakmuran perihal (perbuatan, tindakan dsb) memakmurkan: sumbangan ini amat membantu utk membina ~ budaya ummah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.mur]/[ma/.mur] | معمور

Definisi : banyak penduduk serta mewah serba-serbinya; serba cukup; tidak kurang apa-apa: Sekarang ini negara Jepunlah yg paling ~ di Asia. memakmurkan mengusahakan supaya makmur; menjadikan makmur: Kerajaan sedang berusaha utk ~ Malaysia. kemakmuran keadaan makmur: ~ sesebuah negeri bergantung pd kerajinan penduduk-penduduknya sendiri. pemakmuran perihal atau perbuatan memakmurkan: Sumbangan ini adalah utk ~ ummah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makmur (adjektif)
Bersinonim dengan mewah, kaya-raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil, beruntung;,
Kata Terbitan : memakmurkan, kemakmuran,

Peribahasa

Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut,
     inikan pula kemarau panjang.

Bermaksud :

Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SWEDEN

Sweden ialah negara industri yang makmur di

utara Eropah. Penduduk Sweden telah

membangunkan industri yang benar-benar berjaya

berasaskan tiga sumber semula jadi yang penting

negaranya, iaitu balak yang menyumbang lebih

kurang satu per lima eksport negara ini, bijih besi

yang sangat tinggi grednya, dan juga tenaga air.

UMUM 
KUANTAN

Kuantan (pend. 220 000), ibu negeri Pahang Darul

Makmur. Kuantan ialah salah sebuah bandar besar

di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat

pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Daripada catatan

sejarah, Kuantan telah wujud sebagai penempatan

semenjak abad ke-12.

UMUM 
PIERCE, FRANKLIN

Pierce, Franklin (1804–1869) ialah Presiden

Amerika Syarikat mulai tahun 1853 hingga tahun

1857. Dia memimpin negaranya menempuh salah

satu zaman yang paling makmur dalam sejarah

Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, tempoh

itu juga merupakan satu pengalaman pahit

apabila berlaku pergeseran antara Amerika Selatan

dengan Utara yang mengakibatkan tercetusnya

Perang Saudara Amerika (1861–1865). Pierce juga

menghadapi tentangan yang semakin hebat

daripada penduduk Amerika Utara terhadap

sebarang bentuk pengembangan perhambaan.

UMUM 
MAKATI

Makati (pend. 372 204) ialah bandar di Pulau

Luzon, Filipina. Ia terletak kira-kira satu kilometer di

selatan Manila, ibu negara Filipina, dan luasnya

lebih kurang 29 kilometer persegi. Makati ialah

kawasan pinggir Manila yang makmur dan

mempunyai kawasan kediaman yang selamat serta

menjadi tempat tinggal orang Filipina yang kaya

dan juga masyarakat asing di Manila.

UMUM 
BRUCE, STANLEY

Bruce, Stanley (1883–1967), Lord Bruce of

Melbourne, berkhidmat sebagai perdana menteri

Australia dari tahun 1923 hingga tahun 1929. Inilah

tempoh paling tenang dan makmur dalam sejarah

Australia.

UMUM 
PENULIS GURU

PENULIS GURU, golongan penulis lepasan Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim, Perak.  Mereka menulis terutamanya dalam genre puisi dan novel.  Antara yang aktif menulis dan terkenal ialah Harun Muhammad Amin atau nama penanya Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Kotot, Muhammad Yasin Makmur dan Muhammad Simin Paib.

SASTERAKarya
CHAIRUL HARUN

CHAIRUL HARUN (1940-      ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada bulan Ogos 1940 di Kayutanam, Sumatera Barat, Indonesia. Chairul berpendidikan Sekolah Dasar Kayutanam, Sekolah Menengah Pertama Solok, Sekolah Pelayanan Sosial Atas (1960), Solo dan akhirnya menuntut di Jurusan Publisistik Universitas Ibnu Khaldun, Jakarta tetapi tidak tamat. Dia pernah menjadi pegawai di Jabatan Transmigrasi di Palu, Sulawesi Tengah (1961-1963), wartawan harian Aman Makmur, Pekan Baru (1963-1965), wartawan Angkatan Bersenjata, Padang (1967-1968), ketua pengarang akhbar harian Haluan, Padang (1969-1970), pemberita majalah Tempo (1971-1979), dan sejak tahun 1960 menjadi pensyarah sambilan di Akademi Karawitan Indonesia di Padangpanjang, Sumatera Barat.

  

SASTERATokoh
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL-

Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./

1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn

Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al-

Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad.

Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan

jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al-

Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik

sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada

tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia

berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad

dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan

penyanyi serta perosak negara, melarang

pengurungan burung, melarang pembuangan air

mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan

rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air.

Dia juga melarang percampuran bebas antara

lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan

kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga

meminati sastera dan syair. Zaman

pemerintahannya aman dan makmur. Dia

meninggal dunia secara mengejut di Baghdad.

UMUM 

Kembali ke atas