Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
connotationkonotasiKomunikasiTiadaPerkataan atau ayat yang mengandungi nilai emosi atau makna tersirat yang disebabkan oleh pengaruh latar belakang kebudayaan atau keagamaan.
emotive languagebahasa emotifKesusasteraanTiadaBahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif.
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.

al-musāwāh

al-musāwāh

KesusasteraanTiadaKeserasian antara lafaz dengan makna dalam perkataan. Perkataan yang digunakan hanya memberikan satu pengertian, dan tidak memberikan makna tersirat yang lain. Ada dua jenis al-musāwāh, iaitu al-musāwāh dengan pengecualian dan al-musāwāh tanpa pengecualian. Al-musāwāh dengan pengecualian bermaksud membebaskan perkataan dalam ayat daripada makna yang tidak jelas dengan menggunakan lafaz yang memberikan makna pengecualian.
allegoryalegoriKesenianTiadaGambaran dalam citra yang mengandungi makna yang tersirat dan pengajaran moral.
myriadlimpahanKesusasteraanTiadaKepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai.
implicittersiratKesusasteraanTiadaMaksud pengarang dan makna isi sesebuah karya sastera tidak dinyatakan secara langsung, melainkan secara tersirat.
metaphormetaforaKesusasteraanTiadaMetafora: Bentuk kiasan yang mengandungi perbandingan yang tersirat sebagai pengganti kata untuk melukiskan kesamaan atau kesejajaran makna diantaranya.
intertextualityintertekstualitiKesusasteraanTiadaHubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu.
writerlycabar bacaKesusasteraanTiadaSifat teks yang sukar difahami oleh pembaca. Kesukaran ini disebabkan oleh elemen linguistik di dalamnya yang menyebabkan struktur serta maknanya menjadi tersirat. Dalam hal ini, bahasa menjadi perantara yang membentuk realiti supaya lebih kompleks dan samar. Kini, pembaca lebih sedar akan elemen linguistik yang memainkan peranan aktif dalam membina makna teks. Karya atau teks jenis ini berkembang dalam era pascamoden pada abad ke-20. Contoh karya cabar baca ialah Finnegans Wake oleh James Joyce. Istilah cabar baca digunakan untuk membezakannya dengan teks yang disebut mesra baca. Lihat juga mesra baca.

Kembali ke atas