Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meliputi skop (hal, faktor dsb) yg umum atau menyeluruh: kerajaan pusat melihat keperluan dan masalah pembangunan pd peringkat ~, manakala kerajaan negeri pula peringkat mikro; bandingkan perubahan sosial pd tahap ~ dan mikro. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : meliputi hal (faktor dsb) yg umum atau yg menyeluruh: Kerajaan pusat melihat pembangunan pd peringkat ~ dan kerajaan negeri melihatnya pd peringkat mikro. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makro


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat sejahtera, "Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi gambaran makro tentang penterjemahan di mana teks merupakan bahan daripada sumber yang asli". adakah penggunaan "di mana" dalam kenyataan di atas betul? adakah "di mana" boleh digunakan sebagai kata hubung dalam penulisan seperti yang di atas?Untuk makluman, frasa 'yang mana' dan 'di mana' sebagai kata hubungtidak boleh digunakan dalam ayat kerana merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Frasa 'Di mana' hanya digunakan dalam ayat tanya, seperti 'Di manadia belajar?.Tatabahasa18.09.2017
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal
1.progresif =  sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan:

2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman.

3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:

4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.

5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara.

6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu. Sila rujuk lama web 
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi.
8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro

9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami.


Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan.
Makna01.07.2013

Kembali ke atas