Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1. tujuan, hajat, kehendak, niat: ~ aku ke sini ialah hendak berjumpa dgn engkau; ~ hatiku pun hendak ke sana juga; 2. erti yg tersimpul dlm sesuatu ayat (per­buatan dll): apakah ~ perkataanmu itu?; aku masih belum tahu lagi ~ aku dipanggil; bermaksud 1. bertujuan, berhajat, berke­hendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; memaksudkan 1. menghendaki, meminta: dialah yg dimaksudkan hadir dlm seminar itu; 2. memberi erti yg sebenar, (hendak) menyampaikan atau menyatakan (sbg mak­sud): Ali masih samar-samar tentang apa yg dimaksudkan oleh perempuan tua itu; apabila ia menerangkan tentang pendekatan struktur, ia ~ pendekatan formalistik juga; termaksud dikehendaki, dimaksudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.sud]/[mak.sud] | مقصود

Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki; niat yg tertentu; kehendak; tujuan: Itulah ~ saya datang ke mari. 2 tujuan yg terkandung dlm sesuatu ayat dll; erti: Ayat ini ~nya begini. bermaksud 1 mempunyai tujuan tertentu; berniat; bertujuan: Kami tidak ~ hendak menyusahkan hati saudara. 2 membawa erti; bermakna: Ayat ini ~ bahawa memberi sedekah lebih mulia drpd menerima sedekah. memaksudkan 1 menjadikan sbg tujuan sesuatu perbincangan dll; menghendaki: Saudaralah yg saya maksudkan. 2 menjadikan sbg maksud atau erti yg sebenarnya: Apakah yg dimaksudkan oleh ayat ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung,
     apa daya tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
purportn (fml) maksud: the ~ of the letter seems clear, maksud surat itu nampaknya jelas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mean 1 ~ mischief, /bermaksud, ada maksud/ jahat; ~ well, /bermaksud, maksud/ baik: she is rather tactless, but she ~s well, dia kurang berhati-hati dlm percakapannya tetapi maksudnya baik or dia bermaksud baik; ~ well by so.,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenor3. general meaning, drift, maksud: I could not grasp the ~ of the garbled telephone message, saya tdk dapat menangkap maksud pesanan telefon yg bercelaru itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spirit 1 9. real intended meaning, maksud yg tersirat: according to the ~ and the letter of the law, menurut maksud yg tersirat dan yg tersurat dlm undang-undang itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pointmenerangkannya jadi saya tdk mendesak; see the ~ of, menangkap maksud: she did not see the ~ of my remarks, dia tdk dapat menangkap maksud kata-kata saya; that’s not the ~, bukan itu soalnya: I know he’s intelligent but that’s not the ~, saya tahu dia bijak, tetapi bukan itu soalnya; to the ~ of, hingga, sampai: she worries about her son to the ~ of distraction, dia bimbang ttg anak lelakinya sehingga fikirannya terganggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
significance n 1. essential meaning, makna, maksud: I did not understand the ~ of his words until some time later, saya tdk faham maksud kata-katanya sehinggalah beberapa lama kemudian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worddoesn’t know the meaning of the ~, tdk tahu akan maksud perkataan itu: Sincerity? She doesn’t know the meaning of the ~!, Keikhlasan? Dia tdk tahu akan maksud perkataan itu!; eat o’s ~s, menjilat /kembali, balik/ kata-kata sso: now that he has lost the game, you have to eat your ~s, sekarang dia telah kalah perlawanan itu, kamu terpaksa menjilat balik kata-kata kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mean 1 3. (when explaining or asking so. to explain st further) maksud: when I say “no” I ~ “no”, apabila saya kata tidak, maksud saya “tidak”; “He left a note to say he was leaving.” “You ~ he’s gone for good?” “Dia meninggalkan notaKamus Inggeris-Melayu Dewan
wishnot ~ to /be rude, interrupt, etc/, bukan maksud sso utk /berlaku biadab, mengganggu dll/: I don’t ~ to upset you, but I have to tell you, bukan maksud saya hendak menyusahkan hati kamu, tetapi saya terpaksa memberitahu kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sense6. meaning, interpretation, maksud, erti: he is using the word in its figurative ~, dia menggunakan perkataan itu dgn erti kiasan; this is more or less the ~ of what he said, inilah lebih kurang maksud kata-katanya; in /all ~s, every ~/ of the word, dlm semua erti kata: she’s beautiful in every ~ of the word, dia cantik dlm semua erti kata ;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas