Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud: 1. Tetupai 2. Rerambut terima kasih..Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Rerambut ialah saluran darah yang halus-halus, atau sesuatu yang menyerupai rambut.Tatabahasa18.06.2014
Apakah maksud: 1. Atur masa 2. Atur acara 3. Atur program 4. Alas pintu 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Reka atur Terima kasih atas penjelasan tuan.Hanya perkataan atur cara yang mempunyai makna yang khusus (kata majmuk), iaitu jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan. Perkataan yang lain ialah kata nama am yang dirangkaikan dengan perkataan yang kedua tetapi maknanya merangkumi makna perkataan yang pertama dan kedua seperti alas pintu, iaitu sesuatu yang dijadikan lapik dan digunakan di hadapan pintu. Untuk melihat makna perkataan yang lain, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.Makna10.01.2014
Mohon pencerahan maksud: 1. GENERASI KALIS PADA MASA HADAPAN 2. MELAHIRKAN MURID KALIS DIGITAL PADA ERA ENDEMIKMohon tuan/puan memberikan konteks, konsep atau sumber ayat yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang tepat.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2021
Askm.. mohon penjelasan berkenaan maksud : 1. Mantan - dikatakan memberi maksud bekas penjawat yang tiada hala tuju. Penggunaan perkataan mana lebih baik utk: A) Bekas guru besar B) Mantan guru besar. Terima kasihMenurut Kamus Dewan terbitan DBP, mantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas. Sebagai contoh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. Kedua-dua jawapan A dan B adalah betul.Makna14.01.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan kontijen?
Ejaan yang betul ialah "kontinjen" yang membawa maksud 1. "sekumpulan orang yang mewakili sesebuah pertubuhan, negara dan sebagainya dalam sesuatu pertemuan, acara, sukan dan sebagainya"; 2. "sepasukan tentera, polis, kenderaan tentera dan sebagainya"; 3. "beberapa kumpulan tentera atau polis yang digabungkan untuk membentuk pasukan yang besar bagi melaksanakan sesuatu misi".

Sila buat carian kata melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk makna perkataan dan istilah bahasa Melayu.
Makna24.02.2023
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
Saya Haswanee Jekdoloh dan Saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna istimeywaIstimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna29.10.2015
maksud 1. menjana pembangunan 2. menegakkan keadilan1. menjana pembangunan = bermaksud menghasilkan atau mengadakan pembangunan.
2. menegakkan keadilan - mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh (keadilan).
Tatabahasa28.03.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIKCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIHCermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros.Makna28.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas