Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expressionekspresi;air muka; penglahiran; pengungkapanKesusasteraanTiada1. Penglahiran maksud perasaan dan lain-lain dengan kata-kata, gerak-geri dan sebagainya.
direct actiontindakan langsungSosiologiTiada1. Tindakan untuk mencapai sesuatu maksud secara terus dengan menggunakan cara yang paling berkesan.,2. Tindakan mogok yang diambil oleh pekerja sebagai cara untuk mendapatkan layanan terhadap tuntutan-tuntutan mereka.
conditionkeadaan; syaratSejarahTiada1. Syarat: Sesuatu yang diperlukan untuk mencapai sesuatu maksud atau syarat keperluan.,2. Keadaan: Perihal sifat, keadaan atau suasana dalam zaman atau abad tertentu dalam kajian sejarah.
sandspasirKejuruteraanPetroleum1) Butiran sedimen kelas atau sedimen gersik (detritus) yang berdiameter antara 1/16 – 2 mm. Kebanyakan butiran ini terdiri daripada serpihan mineral kuarza. Apabila butiran-butiran ini disimen dan menjadi keras maka terbentuklah batu pasir. 2) Dalam industri petroleum, istilah ini kadang-kadang dipakai untuk maksud batu pasir.
wet bulb temperaturesuhu bebuli basahSainsHidrometeorologi1. Suhu yang dibaca daripada termometer bebuli basah. Bagi maksud amali, suhu yang didapati kenal pasti sebagai suhu bebuli basah isobar. 2. Suhu bebuli basah isobar. Suhu yang akan dicapai oleh suatu kompok udara jika disejukkan secara adiabatik sehingga tepu pada tekanan tetap oleh penyejatan air ke dalam dengan semua haba pendam dibekalkan oleh kompok itu. 3. Suhu bebuli basah adiabatik. (atau suhu bebuli basah semu). Suhu yang akan dicapai oleh suatu kompok udara jika disejukkan secara adiabatik ke tekanan asal dalam proses adiabatik tepu. Ia merupakan suhu bebuli basah sebagaimana yang dibaca daripada gambarajah termodinamik dan sentiasa didapati kurang daripada suhu bebuli basah isobar, selalunya sebanyak pecahan darjah Celcius.
blankkosong; contoh-kosong; halaman kosongPerpustakaanTiada1. Huruf atau simbol mesin yang menandakan kewujudan maklumat tanpa maksud dan makna.,2. Bahagian perantaraan atau medium yang tidak mempunyai huruf atau simbol.
standard atmosphereatmosfera piawaiSainsHidrometeorologi1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�.
standard atmosphereatmosfera piawaiMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud seperti penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, dan jadual balistik. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik, yang apabila kedua-duanya diambil kira bersama akan mengaitkan perubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu, udara dianggap tidak mengandungi wap air, dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665cm/cm2) dan suhu 0�C.
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Lihat juga kata pengantar. 3. Kata-kata yang disusun dan diucapkan sebagai pemula sesuatu ucapan. Selalunya kata-kata yang diucapkan adalah berbentuk penghargaan kepada pengerusi majlis, penganjur, atau organisasi yang menjemput pengucap ke acara berkenaan. Kata alu-aluan juga boleh dilihat sebagai cuitan kepada sesuatu persembahan ucapan.
baileebailiUndang-undangTiada1. Orang atau pihak yang kepadanya barang-barang dan/atau harta diri diserahkan di bawah kontrak bailmen.,2. Orang yang kepadanya milikan barang-barang diamanahkan tetapi bukan dengan maksud memindah milik barang-barang itu.
12

Kembali ke atas