Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maksud (kata nama)
1. Bersinonim dengan tujuan: hajat, hasrat, niat, motif, matlamat, objektif, keinginan, kemahuan, kehendak, murad, kasad, anju, hujung,

2. Bersinonim dengan makna: erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil,

Kata Terbitan : bermaksud, memaksudkan,

Peribahasa

Ada udang (= berudang) di balik batu.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
maknaerti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
memaknakanmenjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
ayat1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2.Kamus Dewan Edisi Keempat
maknaerti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
erti1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkataan1. bunyi atau gabungan bunyi dlm sesuatu bahasa yg disebutkan atau dituliskan dsb dgn menggunakan huruf-huruf utk menyampaikan sesuatu maksud, kata: ~ bahasa Melayu dapat dieja dgn berpandukan bunyinya; ~ ‘syair’ berasal drpd bahasa Arab; 2. kumpulan kata (yg diucapkan dsb), kata(-kata): pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yg bermuka cengkung itu; dgn ~ lain dgn kata(-kata) lain; 3. sl cerita, kisah, hal: jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ibarat1 sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2 maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa yg berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3 tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ibarat1. sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2. maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3. tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1. ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2. memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1. membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2. menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya.Kamus Pelajar
metafora(métafora) (Lin) pemakaian kata­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perban­dingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalimat1 kata atau kumpulan kata yg berhubungan dan mempunyai maksud (makna) tertentu; ayat. 2 sesuatu yg diucapkan (dituturkan); perkataan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas