Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma/.tab]/[mak.tab] | مکتب

Definisi : 1. tempat belajar (menulis dll), seko­lah; 2. tempat tulis-menulis, pejabat; 3. seko­lah atau institusi utk ilmu khas (spt ilmu perguruan, pertanian, teknik, dll), kolej: ~ perguruan bahasa; ~ pertanian; ~ teknik; 4. institusi pendidikan tinggi; M~ Turus Ang-katan Tentera pusat latihan utk pegawai tinggi tentera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma/.tab]/[mak.tab] | مکتب

Definisi : 1 sekolah tempat menuntut pelajaran tinggi; kolej. 2 tempat tulis-menulis; pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maktab (kata nama)
Bersinonim dengan kolej, institut, akademi, politeknik, pusat pengajian tinggi, universiti, sekolah;,
Kata Terbitan : maktub, memaktubkan, termaktub,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semua maktab perguruan akan ditutup bersamaan cuti semester pertama persekolahan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini. TQ?Perkataan bersamaan bermaksud bertepatan dengan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
Pendekatan motivasi dalam meningkatkan kehidupan beragama Islam dalam kalangan remaja Islam di maktab Zon Tengah perlu dikaji. Soalan saya, perkataan Zon Tengah wajar ditulis dengan huruf besar? Arau memadai dengan menulis zon tengah?Ditulis dengan hurf kecil, kecuali penggunaan perkataan tersebut merujuk kepada nama khas seperti  Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur.
Lain-lain28.02.2018
1. Adakah perkataan 'pelajar' membawa maksud jamak? 2. Perkataan yang manakah betul? a) memperkembangkan b) memperkembang terima kasihKamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di sekolah dan penuntut di maktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu, berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai.Makna23.07.2009
Salam Sejahtera, Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jika seorang pelajar lelaki dipanggil alumnus dan jika seorang pelajar perempuan dipanggil alumna (Kumpulan bekas pelajar perempuan sahaja dipanggil alumnae). Pertanyaan saya ialah: 1) adakah perkataan 'alumni' di dalam Kamus Dewan merujuk kepada individu atau kumpulan atau kedua-duanya sama sahaja? 2) adakah perkataan 'alumni' boleh digunakan untuk bekas pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan lain-lain pusat pendidikan termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara? 3) apakah perkataan yang sesuai mewakili bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti? Sekian, terima kasih. Ahmed Razman

1. Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan.

2. Alumni tidak sesuai untuk merujuk bekas pelajar sekolah atau pusat latihan.

3. Bekas guru atau kakitangan institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti digelar pesara.

Istilah03.03.2009
Setahu saya, semasa di maktab perguruan, saya belajar konsonan bergabung ialah gh,kh,ng,ny dan sy. Jadi digraf ialah konsonan bergabung (dua konsonan berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi ). Adakah Klinik iaitu kl digraf? Saya juga belajar konsonan berganding (dua konsonan berturut-turut tetapi menghasilkan dua bunyi atau dipisahkan apabila dieja mengikut suku kata , contohnya hantar - nt ). Mengapakah buku teks BM tahun 3 (SJK(c) tidak sebut tentang konsonan berganding tetapi hanya digraf dan konsonan bergabung yang sama? Bagi kebanyakan guru, mereka menganggap konsonan bergabung bukan digraf tetapi konsonan berganding. Murid- murid telah belajar konsep yang salah. Bagi cucu saya, perkataan seperti promosi, klik,program ,,hibrid dan perkataan daripada b. Inggeris ialah konsonan bergabung. Sila jelaskan. Terima kasih.Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwi­lambang dan huruf rangkap. Untuk hal yang berkaitan dengan penerbitan buku teks Bahasa Malaysia termasuklah kandungannya, kami mencadangkan tuan menghubungi Editor yang bertanggungjawab, iaitu Puan Zaiton binti Ismail melalui talian 03-21479000 atau e-mel zaiton3@dbp.gov.my.

Tatabahasa10.12.2015
Kami tidak tahu siapa yang akan terpilih untuk mewakili maktab ke pertandingan nasyid. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat ini?Kesalahan yang ditemukan dalam ayat tersebut ialah penggunaan kata tanya "siapa" dalam ayat penyata.Tatabahasa29.07.2013
selamat sejahtera tuan. saya mk, ingin menanya tentang bahawa adakah maktab perguruan sultan idris(MPSI) ialah pejabat karang-mengarang atau pun pertubuhan yg berlainan???Soalan saudara di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). Knb menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku sejarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudara.Lain-lain11.07.2012
Benarkah justeru merupakan kata hubung? Saya mendapat maklumat ini daripada seorang pensyarah Maktab Perguruan. Setahu saya justeru merupakan penanda wacana? Berikan sebab jika benar justeru merupakan kata hububg?Justeru merupakan penanda wacana.Tatabahasa15.09.2007
Salam sejahtera. Apakah maksud alumni? Adakah ia sebuah agensi atau membawa maksud lain?Alumni ialah siswazah lepasan sesebuah maktab atau universiti. Contoh: Persatuan Alumni Universiti Malaya.Makna09.08.2011
1234

Kembali ke atas