Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.la.han] | مالهن

Definisi : malah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.la.han] | مالهن

Definisi : 1. bahkan, kian (ber­tambah), makin (bertambah): bukan itu sahaja, ~ aku sanggup berbuat apa sahaja utk menolong engkau; hujan yg kelihatan reda sebentar tadi ~ lebih lebat sekarang; 2. padahal, sedangkan: jangankan hendak pergi, ~ bergerak dr tempat duduknya pun tidak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.la.han] | مالهن

Definisi : 1 lebih drpd itu; bahkan juga; semakin bertambah: Selepas minum ubat, ~ menjadi-jadi sakitnya. Usahkan menegur, ~ memandangnya pun aku tidak sudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malah
Kata Terbitan : malahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stasisstasisBiologiFisiologiSuatu keadaan yang menunjukkan tidak berlakunya sebarang peningkatan, malahan kadang-kadang berlaku kemerosotan, misalnya kemerosotan pertumbuhan, aktiviti dan pergerakan.
innovative organizationorganisasi inovatifPengurusanPerancanganOrganisasi yang sentiasa menggalakkan penerokaan pengetahuan baharu dan menghasilkan idea serta produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak semasa, terutamanya yang dapat menyelesaikan masalah. Malahan, organisasi ini menganggap kegagalan sebagai satu proses pembelajaran untuk membaiki kesilapan. Nilai asas perniagaan yang menekankan inovasi adalah penting bagi pembangunan berterusan sesebuah organisasi yang mapan. Aktiviti yang menggalakkan usaha berbentuk �cuba-jaya� dan berdaya kreatif adalah antara pendekatan yang kerap dilihat wujud dalam sesebuah organisasi inovatif, contohnya syarikat yang berasaskan perisian dan pengurusan maklumat. Bagi menggalakkan budaya inovatif dalam kalangan pekerja, syarikat ini perlu mereka bentuk persekitaran tempat kerja yang menyerupai sebuah pusat pembelajaran.
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.
jet streamarus jetMeteorologiMeteorologi PerhubunganArus udara bak tiub yang pipih dan separa mendatar. Arus ini umumnya terdapat berhampiran dengan tropopaus yang paksinya berada di sepanjang garis kelajuan angin maksimum. Arus ini bukan sahaja bercirikan angin kencang, malahan mempunyai gradien melintang yang besar.
euphasideufasidSains MarinTiadaKumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus.
anti-science fictionfiksyen antisainsKesusasteraanTiadaFiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces.
bitisbitisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai bagi kayu Madhuca spp. dan Palaquium spp. daripada famili Sapotaceae. nama lain di Semenanjung ialah kayu belian, dan spesies utama kayu bitis termasuk Madhuca spp. Palaquium ridleyi, dan P. stellatum. Di Sabah dan Sarawak kayu ini tidak dibezakan daripada kayu nyatuh, malahan didagangkan sebagai kayu nyatuh. Gubal kayu bitis biasanya berwarna coklat kuning atau coklat merah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya berwarna coklat merah atau berwarna lebih tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 820 hingga 1200 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu bitis sukar dikerjakan, lambat mengering, mudah retak. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, dermaga, cerucuk, tiang, kayu landasan kereta api, dan lantai parket.
bluesbluesKesusasteraanTiadaLagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka.
chantdikirKesusasteraanTiadaGabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat.
rotation of a lineputaran garisMekanikGunaanGerakan sudut bagi sesuatu garis nisbi terhadap sebarang arah rujukan yang tetap. Gerakan sudut garis hanya bergantung pada sesaran sudutnya dan pada terbitan-terbitan masa sesaran itu. Gerakan yang berkenaan tidak memerlukan wujudnya suatu paksi tetap, normal ke satah gerakan, yang di sekitarnya garis itu berputar. Terbitan pertama terhadap masa bagi koordinat kedudukan sudut q ialah halaju sudut w bagi garis itu, dan terbitan keduanya ialah pecutan sudut a. Bagi gerakan satah, persamaan pembeza yang mencirikan gerakan itu sepenuhnya ialah w = dq/dt, a = dw/dt dan w dw = a dq. Hubungan yang pertama dan kedua merupakan takrif bagi parameter-parameter kinematik yang berkenaan, manakala hubungan ketiga diperoleh dengan melenyapkan sebutan dt daripada dua persamaan pertama itu. hubungan tersebut serupa dengan hubungan untuk gerakan melurus zarah; malahan semua hubungan untuk gerakan melurus zarah boleh digunakan untuk putaran garis di satah asalkan kuantiti linear s, v dan a digantikan dengan kuantiti sudut yang berpadanan, q, w dan a. Gerakan sudut garis penting dalam memerihalkan gerakan jasad tegar kerana gerakan jasad tegar itu dipastikan melalui pemastian gerakan bagi suatu titik dan gerakan sudut bagi suatu garis pada jasad itu.
12

Kembali ke atas