innuendo | sindir halus | Kesusasteraan | Puisi | Pengujaran penyair dalam sesuatu frasa atau kalimat puisi pada sesuatu baris puisi. Bahasa puisi yang mengandungi unsur� unsur sindiran yang disampaikan secara halus kepada seseorang. Contohnya, seloka "Malang Pak Kaduk". Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran ! Mudik menongkah surut! Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, |
bastard strangles | strangles malang | Veterinar | Tiada | Tiada |
violent death | kematian malang | Sosiologi | Tiada | Tiada |
pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |
tragedy | tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memaparkan aksi serius yang mengakibatkan kejatuhan dan nasib malang watak protagonisnya. |
aptronym | nama julukan | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah karya. Nama watak ini dapat memberikan gambaran, panduan atau petunjuk tentang ciri-ciri peribadi, sifat semula jadi atau personaliti watak berkenaan. Nama julukan berhubung kait dengan jenis pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang watak. Nama julukan merupakan sesuatu yang lumrah dalam tradisi nama orang Barat seperti Hunter, Farmer, Wiseman, Cooper, dan Miller. Umumnya, nama julukan terdapat dalam karya yang bersifat alegori, komedi atau bertemakan moral. Dalam kesusasteraan Melayu, nama julukan sering diambil daripada sifat dan pekerjaan seseorang watak. Contohnya, Pak Tani (kerja petani), Lebai Malang (sifat malang), dan Pak Pandiri (sifat bodoh-pintar). |
lagu tarik nasib | lagu tarik nasib | Kesusasteraan | Tiada | Lagu yang dinyanyikan oleh watak wanita dalam teater bangsawan ketika mengenang nasibnya yang malang. |
farcical tales | cerita jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang berkisar pada seseorang tokoh yang lucu. Kelucuan ada kalanya kerana kebodohannya dan ada kalanya kerana kecerdasannya. Contoh: cerita Lebai Malang dan cerita Musang Berjanggut. |
prismatic | prismatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya. |
catachresis | salah ungkap | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis . |