Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.la.pe.ta.ka] | ملاڤتاک

Definisi : berbagai-bagai kesusahan (ben­cana, kecelakaan, kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi satu ~ besar akibat air sungai yg semakin naik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.la.pe.ta.ka] | ملاڤتاک

Definisi : segala apa yg menyebabkan sesuatu menjadi rosak atau musnah dgn tidak disangka-sangka; bencana; kecelakaan: Beliau tidak dpt datang kerana ditimpa ~ dlm perjalanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malapetaka
Rujuk :bencana

Peribahasa

Bahaya tumbuh,
     sengketa habis.

Bermaksud :

Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat petang dan salam sejahtera En.Sualaiman.saya ingin bertanya tentang perkataan malapetaka,perkataan malapetaka sepatutnya ditulis jarak atau bersambung? Terima kasih.Salam sejahtera saudari Siewfoong,

Perkataan malapetaka cara penulisannya ialah disambung.
Ejaan06.10.2012
apakah maksud malapetaka,bala?Malapetaka ialah berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan,dsb); Bala ialah kejadian buruk yang menimpa seseorang atau sesuatu tempat.Makna19.01.2008
Saya sedang menjalankan kajian berkenaan pengurusan bencana. Terdapat banyak istilah yang berkaitan yang perlu diperjelaskan terutama yang melibatkan terjemahan daripada bahasa inggeris seperti risk, danger, hazard dan disaster yang diterjemahkan kepada risiko, merbahaya, bahaya dan bencana. 1. Adakah terjemahan saya di atas adalah betul? 2.mohon pihak tuan menjelaskan beza antara keempat-empat istilah ini 3. Mohon penjelasan mengenai penggunaan istilah geobencana (geodisaster)dan geobahaya (geohazard). Adakah istilah ini boleh digunapakai atau perlu menggunakan perkataan penuh seperti bencana geologi dan bahaya geologi1. Kamus Inggeris-Melayu Dewan menterjemahkan risk kepada risiko, danger kepada bahaya, hazard terkandung maksud risk dan danger di dalamnya, dan disaster bencana atau  malapetaka
2. Tidak ada maklumat tentang perkataan geobencana dan geobahaya dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan perkataan bahaya geologi dan bencana geologi digunakan bagi memberi faham kepada khalayak tentang perkataan tersebut.
Tatabahasa22.01.2015
saya Artikoh Kuno, sedang di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa melayu, apakah makna ''Qurban'' apakah artinyaEjaan yang betul ialah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.Makna22.09.2014

Kembali ke atas