Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.la.pe.ta.ka] | ملاڤتاک

Definisi : berbagai-bagai kesusahan (ben­cana, kecelakaan, kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi satu ~ besar akibat air sungai yg semakin naik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.la.pe.ta.ka] | ملاڤتاک

Definisi : segala apa yg menyebabkan sesuatu menjadi rosak atau musnah dgn tidak disangka-sangka; bencana; kecelakaan: Beliau tidak dpt datang kerana ditimpa ~ dlm perjalanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malapetaka
Rujuk :bencana

Peribahasa

Bahaya tumbuh,
     sengketa habis.

Bermaksud :

Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWAH DEBU

Kawah Debu merujuk kepada siri angin

pemusnah dan ribut debu yang melanda Amerika

Syarikat pada tahun 1930-an. Ribut ini merupakan

antara malapetaka yang paling buruk dalam sejarah

dunia.

UMUM 
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
MENORA

MENORA, satu jenis teater tradisional dalam bentuk tarian dan nyanyian mengenai sesuatu dongengan.  Teater ini berfungsi untuk melindungi masyarakat itu daripada sebarang malapetaka.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas