Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.las] | مالس

Definisi : 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : ; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
MAT) layshaft (aci bantu) Aci pertengahan dalam sistem rangkaian gear. Aci bantu diperlukan untuk mem- bantu memindahkan kuasa atau gerakan dari aci pemacu ke aci pengikut. (KEJ) lazy board (papan malas) Lihat jack board. (KEJ) L-beam (rasuk L) Rasuk yang terletak di hadapan hujung lantai yang mempunyai keratan ber- bentuk L terbalik. (KEJ) LD 50 (LD 50 ) Singkatan bagi median HID, METEO) tornado cloud (awan tornado) Lihat tuba. (METEO) torpor (torpor) 1. Keadaan kaku pada haiwan atau manusia akibat gangguan pada sistem saraf tunjang. 2. Organisma yang berada dalam keadaan malas akibat persekitaran yang tidak sesuai. (BIO) torsional angle (sudut puntir) Sudut putaran apabila daya puntir dikenakan ke atas sampel. (KEJ) torsional stiffness (kekakuan kilasan) Rintangan aci terhadap sesaran sudut. Nilai

Kembali ke atas