Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.las] | مالس

Definisi : 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : ; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lazy boardpapan malasKejuruteraanPetroleumLihat papan bicu.
easy chairkerusi malasKesenianHiasan DalamanKerusi yang dibina dengan tujuan berehat atau bermalas-malasan, sama ada dari segi reka bentuknya yang ringkas, mudah dialih atau boleh dilipat. Kerusi ini mempunyai penyandar bersudut tidak kurang daripada 105 darjah dari tempat duduknya. Kerusi ini juga mudah digabungkan dengan sebarang jenis kerusi lain.
lazy leucocyte syndromesindrom leukosit malasPerubatanTiadaTiada
procrastinatorpeculasSejarahTiadaOrang yang malas dan suka melengah-lengahkan sesuatu tugas yang diamanahkan kepadanya.
jack boardpapan bicuKejuruteraanPetroleumSinonim : papan malas Peranti yang digunakan untuk menyokong atau menyangga hujung batang paip apabila sebatang paip lain sedang diskrukan atau disambungkan kepada batang paip berkenaan semasa operasi penggerudian sedang berlangsung.
theory Xteori XPentadbiranTiadaTeori yang mengatakan manusia malas bekerja dan tidak bercita-cita tinggi.
absenteepekerja tak hadirPentadbiranTiadaPekerja yang tidak datang bekerja disebabkan sakit, malas atau sebagainya.
absenteeismketakhadiranPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan pekerja yang tidak datang bekerja disebabkan sakit, malas, atau sebagainya.
armchair theoryteori tanpa amalanSejarahTiadaTeori yang memperkatakan tentang sikap seseorang yang memegang tampuk pemerintahan tetapi malas untuk bertindak dan tidak mengamalkan perkara-perkara yang sepatutnya diamalkan.
torportorporBiologiFisiologi1. Keadaan kaku pada haiwan atau manusia akibat gangguan pada sistem saraf tunjang. 2. Organisma yang berada dalam keadaan malas akibat persekitaran yang tidak sesuai.
12

Kembali ke atas