Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang; pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1 orang yg alim ttg agama Islam; ulama. 2 penunjuk jalan; pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malim (kata nama)
1. Bersinonim dengan guru agama: ustaz, ustazah, tok guru, kiai, pengajar, pendidik, pembimbing,
Berantonim dengan murid

2. Bersinonim dengan jurumudi: nakhoda, juragan, malim angin, malim kapal, kapten,
Berantonim dengan anak kapal.


Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sama turun dengan malim.

Bermaksud :

Perempuan yang baru saja kahwin, sudah diceraikan oleh suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"MALIM IKAN BAKAR" atau "IKAN BAKAR MALIM"? Saya rasa lebih sesuai "KEDAI IKAN BAKAR MALIM"...KEDAI IKAN BAKAR MALIM lebih sesuai digunakan.Istilah28.05.2013
Salam, Apakah istilah yang sesuai untuk 'malim gunung'? Terima kasih.Wassalam,

Tuan/Puan,

Istilah tersebut telah mantap digunakan dan dari segi tatabahasa juga betul. Salah satu maksud malim ialah petunjuk jalan, malim gunung pula boleh dirujuk sebagai petunjuk jalan gunung.
Istilah10.02.2016
assalamualaikum saya inginkan bantuan petikan mungkin daripada hikayat malim deman " yang capek datang bertongkat, yang bisu leka bertanya ..... minta tolong berikan yang lengkap dan emilkan kepada saya. sekian terima kasih

Terima kasih atas soalan anda,

Oleh kerana keterbatasan ruang untuk menyambung perenggan dari petikan Hikayat Malim Deman, pihak kami mencadangkan agar anda terus membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian,Terima Kasih 

Lain-lain07.03.2010
nak tanya maksud perkataan berikut 1. merit 2. mangkin 3. malim 4.maya 5.mapan sekian terima kasih1. Merit ialah sifat, kualiti, perbuatan, dan sebagainya yang patut layak mendapat kepujian atau penghargaan.2. Mangkin bermaksud faktor yang dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan.  3. Malim ialah orang yang alim.   4. Maya ialah sesuatu yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada.  5. Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau sudah diterima umum.Makna13.02.2009
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Semoga Tuan diberkati Allah dalam semua urusan. Saya Zainuddin bin Abindinhazir dari UPSI Tanjung Malim berhajat mendapat buku Isma’il R. al-Faruqi dan Lois Lamya’ al-Faruqi. Atlas Budaya Islam. (Terjemahan: Mohammad Redzuan Othman,…(et al.). Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. ISBN 983-62-2932-9. Masih ada lagikah stok buku tersebut. Sehubungan perkara ini, saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk saya memiliki buku berkenaan. Saya amat berbesar hati untuk mendapat makluman lanjut dari pihak Tuan berhubung perkara ini. Sekian. Terimakasih. Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Daripada: Zainuddin Abindinhazir 012-2126908 deen_r2007@yahoo.com Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Buku Atlas Budaya Islam yang tuan perlukan tidak ada lagi dalam stok Kedai Buku DBP. Buku ini ada dalam koleksi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP dan untuk membuat rujukan tuan boleh berkunjung ke PDM di Tingkat 3, Menara DBP.Lain-lain26.10.2012
Selamat petang DBP, Sy dari Majlis Daerah Tanjong Malim mohon ulasan cadangan penggunaan bahasa seperti yang dilampirkan. Boleh juga hubungi saya di 05-4563410.Untuk pengesahan iklan atau penamaan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.myLain-lain18.01.2018
As salam. Segala kepayahan hidup dapat _____ oleh Pak Malim diharungi atau diharung...diharungi.Ejaan27.10.2014
Mohon semakan bahasa bagi tujuan pengiklanan di Media Digital Majlis Daerah Tanjong Malim bagi Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah. Terima kasihTuan/Puan,

Visual yang dilampirkan telah disemakan dan terdapat beberapa kesilapan yang perlu dibaiki, iaitu:

1. Selaraskan penggunaan huruf kecil dan besar bagi perkataan Istiadat dan Konvokesyen, iaitu Istiadat Konvokesyen ISTIADAT KONVOKESYEN
2. Betulkan kedudukan KE-16 atau Ke-16
3. Pastikan setiap perkataan mempunyai jarak
4. Lampirkan visual yang jelas dan terang

NOTA: Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.my. Selepas disahkan, tuan/puan boleh membawa visual tersebut kepada pihak PBT.
Lain-lain20.09.2018
Permohonan untuk mendapatkan kelulusan Penggunaan Bahasa/ Tatabahasa untuk disiarkan di Media Pengiklanan Digital Majlis Daerah Tanjung Malim.Untuk semakan dan pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.myLain-lain06.02.2018
12

Kembali ke atas