Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Bio) kekurangan makanan seimĀ­bang pd individu atau populasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist keadaan yg disebabkan oleh kurangnya makanan seimbang atau kurangnya makanan pd individu atau penduduk sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malnutrisi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon khidmat nasihat bagi terjemahan perkataan "double burden of malnutrition" dan "settings" dalam bahasa Malaysia yang akan digunakan dalam dasar kebangsaan. Saya sertakan definisi dan penggunaan dalam ayat bagi membantu tuan/puan memahami konteks ayat seperti di lampiran. Sekian, terima kasih.1. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud "malnutrition" ialah pemakanan tak seimbang. Manakala merujuk daripada bidang perubatan, veterinar, dan sosiologi bermaksud malnutrisi atau malpemakanan daripada bidang gerontologi dan pentadbiran perniagaan. Bagi maksud  "double burden" pula ialah beban berganda. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "double burden of malnutrition" ialah beban berganda malpemakanan atau beban berganda malnutrisi.

2. Cadangan terjemahan bagi maksud"settings" yang diberikan mengikut konteks ayat yang diberikan, iaitu “Establishing and implementing innovative and effective prevention, intervention and rehabilitation strategies and programmes to address the double burden of malnutrition at various settings and levels.” ialah “Membangun dan melaksanakan strategi dan program pencegahan, intervensi dan pemulihan pemakanan yang inovatif dan berkesan bagi menangani masalah beban berganda malnutrisi pada peringkat dan penetapan yang pelbagai.”
Makna07.12.2020
Salam. Terima kasih untuk maklum balas sebelum ini. Terdapat beberapa perkataan yang keliru. Boleh tahu untuk perkataan pasca-strok atau pasca strok betul? English version ialah post-stroke. Untuk perkataan 'stroke survivors' saya guna pemandiri strok adakah betul? Untuk perkataan 'hemorrhagic stroke' dalam BM ialah strok perdarahan atau strok pendarahan? Malnutrition lebih sesuai untuk guna malnutrisi atau malpemakanan? Terima kasih.

1. pascastrok
2. Istilah yang diberikan masih belum ada dalam data kami. Cadangan yang sesuai bagi stroke survivor ialah Pemandiri strok.
3. Strok hemoragik
4. Malpemakanan

Istilah15.03.2019

Kembali ke atas