Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma] | ماما

Definisi : bp ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma] | ماما

Definisi : mamak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mama
Rujuk :ibu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat”. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? “Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.”

Lain-lain03.02.2022
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
saya muhammadikran mama saya sedang belajar bahasa melayu.dasar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.apakah maksud ayat bersusun.terima kasih

Selamat petang:
Untuk makluman, tidak terdapat istilah "ayat bersusun"dalam rekod kami. Kami berpendapat istilah yang dimaksudkan ialah ayat majmuk.  Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.

Contoh ayat majmuk:

1. Ali guru tetapi adiknya kerani. 
2. Anak itu lapar kerana belum diberi susu.
3. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik.

Tatabahasa22.09.2016
saya muhammadikran mama sedang belajar bahasa melayu dasar melayu fatoni ingin bertanya dbp.apakah maksud ayat bersusun.terima kasihSila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat".Makna22.09.2016
saya muhammadikran mama sedang belajar bangsa melayu daar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.apakah maksod ayat bersusun. terimakasihUntuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat, sila manfaatkan ruangan maya yang telah dibangunkan, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui www.prpm.dbp.gov.my. Taipkan kata kunci perkataan yang dicari dalam ruangan "Carian Spesifik" dan untuk melihat makna ambil data daripada Kamus.Makna08.09.2016
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Mr. Mama? Adakah suami suri rumah boleh diterima? Terima kasih :)Untuk makluman,Mr. Mama yang merujuk kepada suami yang menguruskan hal rumah tangga, tidak ada terjemahan dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah14.09.2017
1) betulkah ayat ini (mereka tu orang Asli ke mama?)Ayat yang betul ialah Mereka itu orang aslikah mama?Tatabahasa17.01.2011
Assalammualaikum, Kata ganti diri dalam ayat di bawah (mama, ayah, nenek) perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya ataupun dengan huruf kecil? 1. Kemudian, mama mengambil klip rambut yang selalu digunakan apabila dia menggunting rambut ayah. 2. “Kamu suka makan pai epal rhubarb Nenek, kan?” nenek bertanya.Perkataan emak, nenek dan ayah ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa10.03.2017
Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih.Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian.Lain-lain03.06.2014
Assalamualaikum Saya Muminah binti mama belajar bahasa melayu dasar ingin pertanya tentang linguistikLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
12

Kembali ke atas