Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma/] | مامق

Definisi : 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesar­pembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn per­niagaan makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma/] | مامق

Definisi : 1 saudara lelaki kpd ibu; bapa saudara sebelah ibu. 2 panggilan utk orang-orang India yg beragama Islam atau utk orang Melayu berketurunan India. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mamak

Puisi
 

Rumah batu atap bata,
     Tempat mamak buat roti;
Tempat tak tentu jangan kata,
     Tempat gamak boleh jadi.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah mahsud perkataan "mamak"Mamak membawa beberapa maksud. Sila rujuk  mamak">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mamak untuk mendapatkan maksud perkataan tersebut.Makna07.09.2012
Bagaimana menulis gelaran yang dibuat orang. Contohnya: 1. Mukanya seperti mamak menyebabkan orang menggelarnya "Ali Mamak." Betulkah begitu?Gelaran atau nama julukan yang diberikan mengikut sifat seseorang ditulis dengan huruf besar. Tanda petik tidak perlu digunakan untuk gelaran ini. (Mukanya seperti mamak menyebabkan orang menggelarnya Ali Mamak.)Ejaan05.10.2011
Apakah ejaan baku bagi nama makanan di kedai mamak iaitu roti 'naan' atau roti 'nan'?Ejaan yang betul ialah roti nanEjaan31.10.2018

Kembali ke atas