Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : (Bio) haiwan bertulang belakang, ba­dannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : kumpulan binatang yg suhu badannya tetap dan biasanya menyusui anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mamalia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan paus digunakan tanpa perkataan ikan di hadapannya, merujuk mamalia besar yang hidup di dalam air? terima kasih.kedua-dua perkataan Paus dan Ikan Paus boleh digunakan untuk merujuk kepada mamalia besar yang hidup di dalam air. Lain-lain20.02.2018
Adakah penggunaan kata dalam ayat berikut betul: 1. Pengunduran Li Dan dari Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei. 2. Ia adalah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. 3. Bila berada di permukaan air, ia menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. 4. Dari segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. 5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan di dalam tulisan daripada di dalam pertuturan.1. Pengunduran Li Dan daripada Kejohanan Seluruh England memberi kelebihan kepada Chong Wei.

2. Dugong ialah ikan yang tergolong dalam jenis mamalia. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang. Perlu menggunakan nama binatang tersebut. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya)

3. Apabila berada di permukaan air, ikan itu menghembuskan udara yang telah digunakan daripada peparunya. (ia tidak boleh digunakan untuk binatang)

4. Daripada segi ekonomi penduduk, kegiatan pelancongan menjadi sumber yang penting. (dari hanya digunakan untuk tempat dan masa)

5. Orang ramai lebih memandang berat terhadap kesalahan tulisan daripada pertuturan. ('Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.
Tatabahasa15.02.2013
Adakah perkataan beruang mempunyai maksud lain? Adakah perkataan beruang adalah kata tunggal?Perkataan beruang adalah kata tunggal bagi 'beruang', bermaksud sejenis mamalia buas (yg besar, berbulu tebal, dan berekor kontot) dlm famili Ursidae. Perkataan beruang juga adalah kata terbitan bagi 'ruang', bermaksud mempunyai ruang yang kosong/lapang.Lain-lain13.01.2010
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra.Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih.Makna20.11.2013
Apakah perbezaan di antara perkataan 'ia' dan 'ianya'. Selain itu, perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang merujuk haiwan @ binatng dalam sesebuah ayat. Contohnya: Lembu - lembu itu berkeliaran dan ...... enggan masuk ke kandang.

Yang betul ialah ia, iaitu ganti nama diri ketiga untuk manusia. Perkataan nya tidak boleh digandingkan dengan ia menjadi ianya kerana nya juga ganti nama diri ketiga. Bagi binatang, boleh digantikan dengan haiwan itu atau mamalia tersebut.

Tatabahasa15.04.2010

Kembali ke atas