Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : (Bio) haiwan bertulang belakang, ba­dannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : kumpulan binatang yg suhu badannya tetap dan biasanya menyusui anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mamalia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPOSUM

Oposum ialah mana-mana anggota famili

mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat.

Oposum betina membawa anaknya dalam

kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru,

dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak

yang benar-benar tidak terbina dinamakan

marsupial. Oposum adalah satu-satunya

marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia

hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan

hingga ke Amerika Selatan.

UMUM 
KELENJAR MAMARI

Kelenjar mamari ialah kelenjar khas yang

terdapat pada semua mamalia. Pada mamalia

betina, kelenjar mamari mengeluarkan susu. Ia

adalah satu daripada ciri-ciri penting yang

membezakan mamalia daripada haiwan-haiwan

lain. (Lihat Mamalia).

UMUM 
SINAPSID

Sinapsid lihat Mamalia (Evolusi Mamalia).

UMUM 
TANDUK

Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di

kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia

bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan

seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop

mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai

ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar,

yang dinamakan tanduk bercabang.

UMUM 
MAMALIA

Mamalia ialah vertebrat (haiwan bertulang

belakang) yang memberi makan anaknya dengan

susu ibunya.

UMUM 
EKIDNA

Ekidna ialah sejenis mamalia yang bertelur.

Platipus ialah satu-satunya mamalia lain yang

tidak melahirkan anak. Ekidna juga dinamakan

tenggiling berduri.

UMUM 
PLATIPUS

Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia

yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia

yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri.

Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik

kerana mempunyai muncung yang lebar, leper,

dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik.

UMUM 
SIRENIA

Sirenia ialah nama bagi order (kumpulan)

mamalia air yang berkaitan dengan gajah dan

hiraks. Dua famili mamalia air yang masih hidup

ialah dugong dan manatee (lihat Dugong; Manatee).

Nama Sirenia berasal daripada kepercayaan pelaut

bahawa dugong dan manatee adalah makhluk

penggoda atau ikan duyung.

UMUM 
PRIMAT

Primat ialah anggota kumpulan mamalia yang

terdiri daripada manusia dan haiwan yang paling

hampir menyerupainya. Ahli-ahli sains mengelaskan

lebih kurang 180 spesies mamalia sebagai primat.

Mereka membahagikan primat kepada dua jenis

utama: (1) antropoid – manusia, beruk dan monyet,

dan (2) prosimia – aye-aye, galago, lemur, kongkang,

poto dan tarsier. Sesetengah ahli sains mengelaskan

tikus kesturi sebagai prosimia.

UMUM 
MANATEE

Manatee, kadangkala dikenali sebagai lembu laut

ialah mamalia air yang besar. Ia tergolong dalam

kumpulan mamalia – dari keluarga Sirenia – yang

sama seperti dugong.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas