Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : (Bio) haiwan bertulang belakang, ba­dannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : kumpulan binatang yg suhu badannya tetap dan biasanya menyusui anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mamalia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prostaglandinprostaglandinHerbaFitokimiaKumpulan asid lemak tak tepu yang terdapat dalam organ mamalia dan rembesan haiwan mamalia. Prostaglandin menghambat pengagregatan platlet darah dan proses inflamasi. Asid arakidonik merupakan pemula bagi sebatian prostaglandin.
mammalmamaliaGeologiTiadaVertebrat dalam kelas mamalia yang mempunyai ciri seperti berdarah panas, badan berbulu, mempunyai kelenjar susu, dan induk betina yang menyusui anak.
oestrogenestrogenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal.
Allen's ruleprinsip AllenBiologiTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa di kawasan sejuk, mamalia menunjukkan kecenderungan untuk mempunyai unjuran, seperti kaki, ekor, dan telinga yang masing-masing lebih pendek daripada mamalia yang serupa yang mendiami kawasan yang lebih panas. Dengan cara ini mamalia di kawasan sejuk boleh menyesuaikan diri untuk menyimpan haba.
deciduadesiduaBiologiHistologi dan SitologiMembran mukus mamalia berplasenta tinggi yang melapisi uterus apabila mamalia itu hamil/bunting dan tertanggal apabila bayi atau kandungannya dilahirkan.
essential fatty acidasid lemak perluVeterinarTiadaAsid lemak tak tepu yang diperlukan untuk pertumbuhan mamalia dan dibekalkan dalam makanan kerana mamalia berkenaan tidak mampu mensintesis asid-asid tersebut. Asid ini menjadi komponen fosfolipid dan gliserida yang berfungsi sebagai sebahagian daripada membran sel, memainkan peranan dalam pengangkutan lipid dan enzim lipoprotein. Selain itu, asid ini penting dalam sintesis prostaglandin dan tromboksan. Terdapat tiga jenis asid lemak perlu iaitu linoleik, linolenik dan arakidonik. Tanda-tanda kekurangan asid ini ialah keadaan kulit yang bersisik di samping boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan ternakan.
Bergmann�s ruleprinsip BergmannBiologiEkologiPrinsip yang menyatakan bahawa di kawasan yang beriklim sejuk, mamalia lebih cenderung menjadi lebih besar daripada mamalia yang hidup di kawasan beriklim lebih panas. Haiwan yang besar mempunyai luas permukaan yang relatifnya lebih kecil berbanding dengan isipadu, dan oleh itu dapat menyimpan haba dengan lebih baik daripada haiwan kecil yang sama bentuknya. Petua ini hanya dapat digunakan pada haiwan yang serupa daripada semua segi. Berbagai-bagai faktor lain, seperti ketebalan bulu dan lemak juga mungkin mengganggu atau menyebabkan keadaan sebaliknya terjadi.
mammaliamamaliaGeologiTiadaKelas dalam filum Vertebrat.
mammalmamaliaPerubatanTiadaTiada
mammaliamamaliaPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas