Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.bu] | ممبو

Definisi : Jk = berbau ~ berbau busuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.bu] | ممبو

Definisi : , mambul sj tumbuhan (pokok kecil), sadu, Melia indica; ~ jantan = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat ubat), jemerah, lemak pahit, meram­bu, sekebah, Millettia sericea; sepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.bu] | ممبو

Definisi : nama sj pokok; margosa, Melia indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mambu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Azadirachta indicamambuHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Meliaceae dan dikenali juga sebagai neem dan margosa. Mambu berasal dari India dan telah tersebar luas di negara tropika dan subtropika. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan biasanya ditanam sebagai tanaman landskap, tanaman teduhan dan untuk tujuan perubatan. Daunnya jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 15 anak daun. Bentuk anak daun tidak simetri dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah daun di bahagian pucuk dan cabang muda. Bunganya kecil berwarna putih, buahnya bulat lonjong dan berwarna kuning apabila matang. Jus daun dan kulit diminum untuk merawat malaria dan sebagai tonik kesihatan. Daun mambu disapukan di bahagian luaran untuk merawat kudis dan rasa gatal akibat kudis demam campak. Daunnya boleh dimakan mentah untuk mengurangkan kesan termakan racun. Minyak biji digunakan sebagai antiseptik untuk merawat luka dan masalah kulit. Tumbuhan ini mengandungi tetranortriterpenoid azadiraktin yang berpotensi digunakan untuk mengawal serangga perosak.
Azidarachta india, Melia indica (Sin)MambuPertanianTiadaPokok ini daripada famili Meliaceae yang ditanam sebagai teduhan dan landskap. Daunnya bersifat racun serangga dan daun-daun telah dikeringkan sering kali digunakan di dalam perpustakaan lama di India untuk menghalau serangga dan buku. Asap daun yang dibakar boleh membunuh beberapa jenis serangga. Bahan pahit pada pokok mambu ialah azadarin dan margosin, iaitu bahan resin. Daun kering, kulit batang dan kulit akar dikeringkan dan dibuat ubat. Daunnya pahit dan dibuat ubat pupuk untuk ulser, sakit kulit dan bisul. Daun yang segar dibuat ubat penyakit kompleks dan demam. Air rebusan daun yang diminum sebagai ubat. Kulit batangnya dijadikan tonik yang pahit, astringen dan antiperiodik, iaitu berguna untuk mengubati demam. Tonik ini berupaya menghindari urutan demam berkala pesakit demam malaria selain berguna untuk penyakit kulit. Biji mambu mengandungi sejenis minyak berwarna kuning pekat, bersifat alerid dan berbau seperti bawang putih. Minyak ini bersifat anthelmintik dan antiseptic. Di Sri Lanka dan India, minyak ini disapu di kepala untuk membunuh kutu, kulit batang mambu mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai bahan pewarna.
Indian Lilacmambu/semambuHerbaTiadaTiada
Indian Lilacmambu/semambuHerbaTiadaTiada
obliqueserongHerbaBotani dan BioteknologiBentuk pangkal daun yang tidak simetri. Contohnya, daun mambu (Azadiractha indica), Begonia spp. dan Pentaphragma begoniifolia.
perennialsakaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup bertahun-tahun lamanya. Contohnya, legundi (Vitex negundo), mambu (Azadirachta indica) dan kantan (Etlingera elatior).
limonoidlimonoidHerbaFitokimiaKumpulan sebatian triterpena terubah suai dengan empat karbon hujung daripada rantai sisinya telah tersingkir. Sebatian ini biasanya terdapat dalam tumbuhan famili Rutaceae, Meliaceae dan Simaroubaceae. Contoh limonoid ialah azadiraktin daripada pokok mambu (Azadirachta indica). Sebatian ini sekiranya dimakan oleh serangga akan menyebabkan serangga berhenti makan dan akhirnya serangga tersebut akan mati. Oleh itu, sebatian ini sering digunakan sebagai racun serangga semula jadi.
alterativealteratifHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk membersihkan darah. Kebanyakan herba alteratif meningkatkan tindakan pembersihan darah oleh limpa, hati, buah pinggang dan usus besar. Herba ini digunakan dalam jangka masa panjang untuk memberikan kesan nyahtoksik keseluruhan aliran darah secara berperingkat yang akan meningkatkan penghadaman, asimilasi dan rembesan glandular. Contoh herba ini ialah daun mambu, bawang putih, pegaga dan ginseng.

Kembali ke atas