Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pemba­ngunan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mampan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "mampan" digunakan selain dari ekonomi dan pembangunan, sebagai cth kemahiran yg mampan, pengetahuan yg mampan, pendidikan yg mampan, prestasi yg mampan, persaingan yg mampanMampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). Mampan juga boleh dikaitkan dgn pengetahuan, pendidikan tetapi tidak dgn perkataan prestasi dan persaingan.Tatabahasa17.08.2007
mampan,Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian dan atau prestasi yang baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb).Makna26.01.2007
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ?Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan.Makna05.09.2010
saya disini ingin bertanyakan siapakah penyelidik/pengarang bagi perkataan mampan? judul/keluaran/terbitan siapa dan berapa? sumber siapa yang boleh dikaitkan dengan perkataan mampan?Kata mampan mula dimasukkan dalam entri Kamus Dewan, Edisi Keempat yang diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun tidak ada etimologi kata mampan dalam sumber rujukan kami.Lain-lain06.03.2011
apakah beza antara mampan dan lestari? diterjemahkan sustainable leadership kepada bahasa malaysia kepimpinanan mampan atau kepiminnan lestari?mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Oleh itu kepimpinan mampan lebih sesuai. Makna14.02.2008
1.'SUSTAINABLE TRANSPORTATION' ATAU PENGANGKUTAN MAMPAN APA KAH MAKNANYA DALAM ISTILAH BM. 2.MAPAN ATAU MAMPAN MINTA PERJELASAN PERBEZAANBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pemba­ngunan dsb).Oleh itu, pengangkutan mampan ialah sistem pengangkutan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik.Makna19.12.2010
apakah maksud mampanMaksud mampan ialah mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb).Makna27.08.2007
SALAM/SEJAHTERA, Saya cuma nak bertanya makna MAMPAN.

Perkataan mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna23.04.2009
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN?Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan.Makna08.10.2009
Perbezaan penggunaan kata mampan dan lestari.
Salam sejahtera,

Mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Contoh, pembangunan ekonomi yang mampan. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Contoh,
kelestarian hutan kita mesti diutamakan. Kesimpulannya, penggunaan perkataan mampan dan lestari bergantung kepada kesesuaian konteks ayat.

Terima kasih.




Makna07.02.2018
12345

Kembali ke atas