Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pemba­ngunan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mampan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sustainable managementpengurusan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah atau mekanisma yang digunakan dalam menguruskan penggunaan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar dan sumber fizikal. Pengurusan mampan melibatkan usaha menyeluruh bagi menyokong keupayaan ekosistem negara dalam konteks untuk menghindari atau mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Antara lain fungsi pengurusan mampan ialah menjaga kesinambungan sumber dan keperluan generasi akan datang.

sustainable competitive advantagekelebihan saingan mampanPengurusanPerancanganKeupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain.
sustainable developmentpembangunan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan.

electron beam-sustained laserlaser mampan alur elektronKejuruteraanTiadaLaser gas yang terhasil akibat suntikan mampan alur elektron bertenaga tinggi.
sustainable consumptionpenggunaan mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenggunaan terancang bagi sesuatu produk atau perkhidmatan supaya dapat memberikan kesan minimum terhadap alam sekitar. Penggunaan mampan akan menjamin persekitaran yang selamat bagi generasi akan datang.
sustainable productionpengeluaran mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembuatan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan sistem yang bebas daripada pencemaran, penjimatan tenaga dan pemuliharaan sumber asli. Pengeluaran mampan boleh menghasilkan ekonomi yang berdaya maju dan menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja, masyarakat dan pengguna.
sustainablemampanBiologiUmumTiada
sustainable developmentpembangunan mampanBiologiUmumTiada
sustainable developmentpembangunan mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembangunan yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pada masa kini, tanpa menjejaskan alam sekitar dan kepupusan sumber serta dapat menjamin kelestarian pada masa hadapan.
sustainable systemsistem mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauSistem yang bersifat lestari, mampu berkembang serta mencapai tahap prestasi yang baik, contohnya amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal.
1234

Kembali ke atas