Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pat] | ممڤت

Definisi : 1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : Mn baik sekali, elok sekali, jempol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : tidak berongga (bkn tanah dll); padat; tumpat. memampatkan membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. mampatan perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. pemampat alat utk memampatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAYAR

Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah

roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah

yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan

pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia

digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta,

jentera melombong, motosikal, kenderaan

rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam

kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat

daripada getah padat, seperti yang digunakan pada

kereta sorong.

UMUM 
SENDAT UDARA

Sendat udara ialah alat yang membolehkan

manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar

dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison

pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat.

Sendat udara digunakan untuk menggali

terowong dalam air atau projek-projek lain yang

memerlukan kaison.

UMUM 
BATUAN

Batuan ialah bahan mineral pepejal mampat yang terdapat dalam bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam

Kembali ke atas