Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.di] | مندي

Definisi : 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) mem­basuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia men­dapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua­dua pengantin sesudah selesai nikah dan ber­damai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku per­kelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, me­lenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini berten­tangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dika­fan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-bende­rang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.di] | مندي

Definisi : ; ~ abu sj ikan laut, kaci, mesikur, pinang, tebal bibir, Plectorhincus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.di] | مندي

Definisi : 1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Mandi di telaga di tepi jalan,
     bersunting bunga tahi ayam.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ben Li (mandi sungai). Adakah mandi sungai betul?Mandi sungai ialah bahasa percakapan. Frasa yang betul ialah mandi di sungai seperti ayat Ali mandi di sungai.Tatabahasa30.07.2015
1. Yang mana betul: a. Saya bermandi di pantai bersama adik. b. Kami bermandi-manda di pantai. 2. Adakah mandi-manda termasuk dalam golongan kata nama, bolehkah diberi imbuhan ber menjadi bermandi-manda?Mandi dan mandi-manda ialah perbuatan. Ayat Saya bermandi di pantai dan Kami bermandi-manda di pantai betul.Tatabahasa02.02.2012
Ayat mana yang betul? 1. Adik saya mandi di laut. 2. Adik saya mandi dalam laut. 3. Adik saya mandi di dalam laut. 4. Saya menulis di atas buku nota. 5. Saya menulis di buku nota. 6. Saya menulis dalam buku nota. 7. Saya menulis pada buku nota.Bagi merujuk tempat secara fizikal, ayat adik saya mandi di laut yang betul. Begitu juga dengan ayat kedua, saya menulis dalam buku nota yang betul.Tatabahasa08.08.2012
Bolehkah *mandi-manda* diguna oleh binatang? Contoh: Itik-itik mandi-manda di dalam kolam. Terima kasih.Ya, perkataan mandi-manda boleh digunakan untuk binatang.Tatabahasa28.10.2021
Pada Kamus Dewan dicatatkan mandi seerti bermandi. Contoh ayat pada Kamus dewan ialah "badannya mandi peluh". Kenapakah ayat begini "setiap hari, ayah mandi peluh di ladang." adalah salah?Penggunaan yang lebih gramatis ialah bermandi peluh. Untuk makluman tuan, kamus merakam makna sesuatu perkataan. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan bagi penggunaan tatabahasa yang betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 165 menunjukkan aspek makna awalan beR-. iaitu pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu makna yang terkanduang dalam kata dasar.Tatabahasa03.09.2016
Salam, Adakah ayat "Adik mandi di tepi pantai" betul? atau Adik mandi di pantai.Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Frasa yang betul ialah "Adik mandi di tepi pantai" (merujuk laut, tepi pantai).Tatabahasa07.08.2018
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007
Salam, yang mana satu ayat betul a) Apa yang digunakan untuk mandi? b} Apakah yang digunakan untuk mandi? Adakah parikel-kah, -lah, -tah wajib digabungkan dengan kata tanya untuk membentuk ayat tanya. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah apakah yang digunakan untuk mandi? Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut:

1 (a). Siapakah majikan kamu itu?
   (b). Majikan kamu itu siapakah?

2 (a). Apatah daya kita?
   (b). Daya kita apatah?

3 (a). Itulah rumah idamanku.
   (b). Rumah idamanku itulah.
Tatabahasa23.11.2020
Salam. syampu mandi/syampu badan yang kita sebut untuk mencuci badan? Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah syampu badan.Tatabahasa29.10.2021
1. Adik kegigilan mandi air perigi yang sejuk. adakah ayat ini betul? sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah adik menggigil kerana mandi air perigi yang sejuk. Tatabahasa16.12.2009
123456

Kembali ke atas