Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.kam] | مانيکم

Definisi : 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani; ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; me-ngembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memi­kirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
manikam
Rujuk :permata

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
costume jewellerymanikam kostumKesenianTiadaManikam tiruan yang bereka bentuk istimewa.
punto a gioierenda hias manikamKesenianTiadaRenda tuntung jarum Itali yang dihias dengan rangkaian manikam.
zuni jewelerymanikam zuniKesenianTiadaGelang tangan, pin, lecar, dan cincin yang diperbuat daripada perak bersama dengan permata firus yang mempunyai kecantikan eksotik dan luar biasa. Ciptaan kumpulan India Zuni dan orang Asli Amerika Utara di Nergeri Maxico Barat.
jewel necklinegaris leher manikamKesenianTiadaGaris leher yang tinggi dan bulat, berlapik tanpa kun atau kolar, berfungsi sebagai latar belakang untuk barang kemas.
diamante bandstrimin permataKesenianTiadaManikam palsu yang dijahit pada jalur fabrik dan digunakan sebagai trimin pada pakaian atau blaus.
ferroniererantai dahiKesenianTiadaBand dahi yang tirus daripada emas atau manikam dan dipakai bersama gaun rasmi malam. Pakaian wanita pada tahun 1830-an di Eropah.
Juliet capkep JulietKesenianTiadaTopi yang melekap pada bahagian belakang kepala daripada fabrik bermutu. Dipakai bersama pakaian malam dan layah pengantin. Boleh juga dibuat daripada mutiara, manikam atau rantai Kostum pada Zaman Pertengahan untuk pementasan cerita Romeo dan Juliet.
snoodnet sanggulKesenianTiada1. Net rambut yang dibuat dari sanil, fabrik kerawang atau bahan lain. Dipakai pada bahagian pangkal tengkuk untuk merapikan rambut. Adakalanya dilekatkan pada topi pada abad ke-15 dan ke-16, net dihias dengan mutiara dan manikam.,2. Pita kepala yang dipakai oleh wanita remaja di Scotland dan Utara England.

Kembali ke atas