Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.pu.lasi] | مانيڤولاسي

Definisi : 1. perihal atau perbuatan meng­gunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ vi-sual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempe­ngaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi ke-beruntungan pengusaha industri kecil; memanipulasikan 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum menge-nali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg cu­rang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik; pemanipulasi pihak (orang dsb) yg bijak memanipulasikan sesuatu (keadaan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni.pu.lasi] | مانيڤولاسي

Definisi : 1 perbuatan menggunakan sesuatu alat atau mengerjakan sesuatu menggunakan tangan dgn cekap. 2 segala tindakan dan selok-belok utk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 3 sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga turut mendatangkan keuntungan kpd pengusaha kecil. memanipulasikan 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. pemanipulasian perbuatan atau hal memanipulasikan: Mereka berjaya mencegah ~ oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pemanipulasi orang, pihak dsb yg memanipulasikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manipulasi


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pengawet kayu dalam agar-agar malt yang dijangkiti kulat yang diuji. (HUT) agarose gel electrophoresis (elektroforesis gel agarosa) Elektroforesis menggunakan gel agarosa sebagai fasa pegun. Teknik ini pen- ting dalam manipulasi dan penjujukan gen kerana molekul DNA dapat di- pisahkan berdasarkan berat molekul. Jalur pada gel dikesan dengan menggu - nakan etidium bromida. Aras DNA serendah 0.5 mg dapat dikesan di

Kembali ke atas