Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah betul padanan antonim ini? pahit - manis masin - tawar Sekian, terima kasih.Dalam data kami, pahit , masam, manis, masin dan pedas berantonim dengan tawar.Tatabahasa18.11.2013
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tqLazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar.Tatabahasa21.07.2010
Apakah padanan yang sesuai untuk 'bittersweet' yang merujuk kepada arousing pleasure tinged with sadness or pain? Terima kasihTuan,

Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bagi bittersweet ialah pahit manis.
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2017
Salam 1 Malaysia..saya ingin kemukakan pertanyaan. Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita _________ rasanya kerana tidak dibubuh gula. A manis B masin C pahit D masam # bolehkah pahit dikira sebagai jawapan?harap DBP boleh membantu memberi jawapan tepatAyat yang betul dari segi tatabahasa dan aspek makna ialah: Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita pahit rasanya kerana tidak dibubuh gula.Makna16.10.2014
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasihSalam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit".Tatabahasa13.08.2014
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
Apakah adjektif yang sesuai untuk minuman yang bagusnya rasa? Bolehkah saya menggunakan perkataan sedap, enak, lazat untuk adjektif bagi rasa minuman yang bagus? Atau tidak boleh? Terima kasih.Kata adjektif yang sesuai untuk minuman ialah manis, tawar, sedap atau pahit bergantung pada kesesuaian makna dan konteks penggunaan dalam ayat. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 232.
Lain-lain15.02.2024
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih.Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2021
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013
12

Kembali ke atas