Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Daun mengkudu buah kandis, Buah datang dari Daik; Makan madu rasanya manis, Hidup bermadu rasanya pahit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun manis rasa manisan, Ubat yang pahit jangan dibuang; Walaupun habis nyawa di badan, Niatku tidak akan bergoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas