Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
altered tasterasa terubahPerubatanTiadaKeupayaan deria rasa untuk merasai manis, pahit, masam, atau masin yang berubah akibat gangguan pada reseptor gustatori.
umamiumamiMakanan dan PemakananMakananPerihal rasa selain rasa manis, masam, pahit dan masin. Umami berasa savouri seperti stok atau berdaging dan dikaitkan dengan garam daripada asid amino yang spesifik terutamanya monosodium glutamat. Rasa umami terdapat dalam makanan seperti kicap dan keju parmesan.
connotationpengertianKesusasteraanPuisiMakna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi.
basic tasterasa asasMakanan dan PemakananTeknologi MakananRasa masam, manis, masin dan pahit.
oxymoronoksimoronKesusasteraanTiadaCantuman dua atau lebih perkataan secara berturutan dan maknanya bertentangan, berlawanan dan tidak sepadan. Oksimoron ialah alat bahasa yang lumrah dan berkait rapat dengan paradoks serta antitesis terutamanya dalam karya puisi. Contoh oksimoron terdapat dalam Romeo and Juliet karya Shakespeare. Romeo menggunakan oksimoron seperti �O loving hate�, dan �O heavy lightness�. Dalam bahasa Melayu, oksimoron boleh dilihat dalam ungkapan seperti �pahit manis� dan �susah senang�. Dalam contoh ini, perkataan �susah� berlawanan atau bertentangan dengan perkataan �senang�. Oksimoron ditemui dalam sajak Arena Wati berjudul �Kelahiran�. Petikan sajaknya seperti yang berikut: �Tempatku datang, pindah...� Contoh lain ditemui dalam sajak bertajuk �Ibu yang Satu� oleh Mohd Amran Daud melalui petikan: �Menghiburkan diriku siang malam�.
caffeinekafeinMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan alkaloid yang berasa pahit dan bertindak sebagai perangsang yang wujud secara semula jadi dalam kopi, teh, dan koko. Kafein meningkatkan tekanan darah, melambat dan menguatkan denyutan jantung dan meningkatkan kepekatan gula dalam darah. Pengambilan kafein berlebihan boleh membangkitkan kepekatan gula dalam darah. Pengambilan kafein berlebihan boleh membangkitkan perasaan teruja. Kafein digunakan sebagai bahan perisa dan perangsang dalam manis-manisan dan minuman.
sensory charactersciri deriaHerbaTiadaSifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut.
Tinospora crispaPutarwaliPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Menispermaceae ini juga dikenali sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, daunnya berbentuk kordat. Jambak bunga jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuartener, berebrina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk rawatan demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi, sakit perut. Pokok ini digunakan secara luaran untuk merawat bisa ular, luka dan kudis buta.
Tinospora tuberculataputarwaliHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Menispermaceae yang dikenali juga sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan ini jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk kordat. Jambak bunganya jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuarterner, berberina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk merawat demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi dan sakit perut. Air rebusan tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk mencuci luka dan kudis buta.

Kembali ke atas