Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tap] | منتڤ

Definisi : 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tap] | منتڤ

Definisi : tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
steady state vibrationgetaran keadaan mantapMekanikGunaanGetaran sistem yang ditindak oleh rangkap pemaksa yang mempunyai ayunan mantap. Gerakan keadaan mantap diperoleh kerana komponen getaran bebas yang diambil oleh sistem yang berkenaan bersifat fanak dan pupus dalam jangka waktu yang tertentu.
transient responsesambutan fanaMekanikGunaan1. Getaran paksa tak mantap yang disebabkan oleh rangkap pemaksa (daya atau sesaran) yang tak berkala. Ia juga dinamai sambutan keadaan tak mantap. 2. Bahagian yang menyusut bagi sambutan kepada rangkap pemaksa yang mempunyai ayunan mantap. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 170 RAJAH S2 Bahagian ini akan lenyap akhirnya dan meninggalkan bahagian keadaan mantap sahaja [Rajah S2].
steady-state conditionkeadaan mantapSosiologiTiadaKeadaan mesin atau alat yang telah sampai ke peringkat yang mantap.
set speechdialog mantapKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan oleh watak yang mempunyai daya tarikan khas yang dramatik dalam karya drama atau teater. Dialog mantap memberikan peluang kepada pelakon untuk memperlihatkan kehebatannya.
current marginjidar semasaKejuruteraanTiadaPerbezaan antara arus keadaan mantap untuk memberi isyarat dengan arus keadaan mantap untuk operasi geganti yang berkenaan.
steady state concentrationkepekatan keadaan mantapPerubatanTiadaTahap kepekatan ubat dalam darah apabila kadar perkumuhan ubat menjadi seimbang dengan kadar pemberiannya. Dalam pemberian ubat secara tetap, kepekatan keadaan mantap tercapai selepas empat atau lima separa hayat ubat berkenaan. Pemberian dos muatan akan mempercepatkan pencapaiannya.
critical voltagevoltan gentingFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanNilai tertinggi secara teori bagi voltan anod yang mantap pada ketumpatan fluks magnet yang mantap. Pada voltan tersebut elektron yang dikeluarkan daripada katod magnetron dengan halaju sifar gagal untuk sampai ke anod. voltan penggalan.
branchingpencabanganKejuruteraanPolimerPenumbuhan satu rantaian polimer baru dari satu tapak aktif pada rantaian polimer mantap, pada arah yang berlainan dari arah penumbuhan rantaian mantap. Pencabangan adalah hasil daripada proses pemindahan rantai atau hasil daripada pempolimeran monomer dwifungsi. Pencabangan sangat mempengaruhi ciri polimer.
steadymantapFizikTiadaTiada
steadymantapKimiaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas