Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia.wi] | ماءنسياوي

Definisi : bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manusiawi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepada Pihak DBP, nama saya saw, saya ingin bertanya soalan seperti yang saya lampirkan dalam pertanyaan ini. Maaf komputer tidak dapat taip perkataan berkenaan. Saya ingin tanya perkataan ini sama dengan "maqasid al-shariah"? atau merupakan istilah agama yang berlainan? Adakah istilah atau perkataan yang saya lempirkan bermauksud: "the attainment of good, welfare, advantage, benefits and warding off evil, injury, loss of the creatures"? Maaf, saya bukan muslim tetapi ingin tahu maksud.
Ya sama. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan frasa maqasid syariah dengan maksud tujuan yang dikehendaki oleh syarak dalam mensyariatkan suatu hukum untuk kemaslahatan umat manusia.

Secara ringkasnya, dalam agama Islam, lima aspek dalam maqasid syariah adalah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut hukum syarak iaitu  peraturan yang telah ditetapkan dalam agama ini. Maqasid syariah adalah untuk menjana kebaikan atau kebahagiaan individu, keluarga, masyarakat dan ummah, serta memelihara sistem, memakmurkan dunia dengan cara membawa kepada kebaikan dan kesempurnaan manusiawi di dunia dan akhirat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.



 
Makna29.09.2023

Kembali ke atas