Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia.wi] | ماءنسياوي

Definisi : bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manusiawi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
droiddroidKomputerTiadaRobot kawalan komputer yang mempunyai sifat manusiawi.
hors de combathors de combatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan penempur yang tidak lagi berdaya untuk mengambil bahagian dalam permusuhan kerana sakit, lukaluka atau memang telah menyerah kalah. Hors de combat ini biasanya diberikan status tawanan perang, dan oleh yang demikian hendaklah dilindungi daripada disasarkan, dan hendaklah diperlakukan secara manusiawi dan dirawat (jika sakit atau terluka). Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada pendakwaan dan hukuman sekiranya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Hawthorne experimentuji kaji HawthornePentadbiranPentadbiran Awam

Program penyelidikan mengenai impak persekitaran fizikal kerja terhadap moral dan kecekapan pekerja. Kajian ini diketuai oleh Alton Mayo yang melahirkan orientasi hubungan manusia dalam pentadbiran awam. Antara lain kajian ini menekankan lima aspek penting, pertama, masalah manusia yang memerlukan penyelesaian secara kemanusiaan; kedua, tujuan kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan hubungan majikan dan pekerja; ketiga, hipotesis kajian ialah masalah kemanusiaan perlu dikendalikan mengikut lunas kemanusiaan dengan menggunakan data dan tatacara manusiawi, keempat, responden yang menjadi rujukan kajian ialah majikan dan pekerja di perusahaan Hawthorne, dan kelima, kaedah pengumpulan data adalah menggunakan pendekatan pemerhatian ikut serta dan temu bual. Eksperimen ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara persekitaran fizikal dengan tingkat kecekapan pekerja.


Kembali ke atas